Umur 18 tahun, beli dua buah MPV Alphard RM600,000 tunai

4772

Sebelum ini satu video tular di TikTok apabila sepasang pengantin yang masih muda berusia 18 tahun berkongsi momen indah hari perkahwinan apabila menerima hadiah berupa sebuah kereta Ford Mustang.

Baru baru ini, individu yang sama iaitu Ayunie yang juga merupakan seorang pengasas produk kecantikan, sekali lagi tular apabila berkongsi satu video membeli dua buah Toyota Alphard bernilai RM600,000 secara tunai.



Menurut Ayunie, MPV tersebut adalah untuk kegunaan dirinya manakala sebuah lagi untuk dihadiahkan kepada seseorang tetapi tidak mendedahkan pemilik bertuah tersebut.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BOSS OF VITAMILK (@ayunieso_)

“Alhamdulillah syukur dapat beli dua biji alphard cash pada usia 18 tahun”, tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Menerusi video berdurasi 60 saat tersebut, Ayunie dilihat membawa plastik hitam lalu mengeluarkan dan meletakkan wang berjumlah RM600,000 di atas meja.

Namun, Ayunie meluahkan rasa syukur dengan rezeki yang diperolehi itu hasil jualan produknya sebanyak 1.1 juta botol yang laris dalam masa 30 minit sahaja.

Bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka mampu membeli dua buah MPV walaupun ketika negara sedang dilanda pandemik.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here