Boleh menang hadiah utama Perodua Myvi dan RM10k melalui Hot FM Roda & Ringgit

1801

Siapa yang tak kenal dengan nama Hot FM yang merupakah salah sebuah jenama radio terkenal negara. Terbaharu, Hot FM mengumumkan berita baik untuk semua pendengar setia Hot FM, mulai September ini.

Hot FM bakal menawarkan wang tunai bernilai sehingga RM10,000 dan sebuah Perodua Myvi melalui kempen Hot FM, iaitu Hot FM Roda & Ringgit.



Antara langkah perlu dilakukan untuk menyertai kempen tersebut adalah mendengar Hot FM sepanjang hari dan nantikan isyarat memanggil ke udara. Kemudian pendengar perlu menghubungi Hot FM di talian 03-77108822 dan berikan slogan baru Hot FM iaitu ‘Kini lebih muzik yang hangat’. 

Pemanggil terpantas dan berjaya menyatakan slogan Hot FM dengan betul akan membawa pulang RM100 dan akses ke Grand Finale. Selain itu, pendengar bertuah yang menelefon Hot FM pada waktu bonus akan membawa pulang wang tambahan bernilai RM200.

Para pendengar yang berjaya setiap hari berpeluang bersama-sama merebut hadiah utama, sebuah Perodua Myvi di Grand Finale yang akan diadakan secara maya pada 25 September 2021 nanti. 

Pendengar juga boleh bersedia dengan mendengar Hot FM mulai  6 September hingga 25 September 2021 untuk berpeluang menyertai Hot FM Roda & Ringgit.

Hot FM Roda & Ringgit berlangsung setiap Isnin hingga Jumaat menerusi segmen Rakyat Rangers, Fara Fauzana, AG & Fad (6 pagi – 10 pagi), Playlist Hangat, Zetty (10 pagi – 3 petang), Sembang Squad, Haziq & Riena Diana (3 petang – 7 malam) dan Hot Flix, Imran Aqil (8 malam – 12 tengah malam)

Hot FM boleh didengar menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang, 104.5FM Ipoh, 90.1FM Johor Bahru dan Singapura, 92.4FM Kuantan,105.1FM Kota Bharu, 87.7FM Kota Kinabalu, 94.3FM Kuching, 104.3FM Melaka, 99.5FM Seremban, 90.5FM Taping, dan 105.0 Kuala Terengganu.  

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here