Isi minyak diesel pada Toyota Vios, wanita ini tampil beri penjelasan

6169

Baru baru ini, sekeping gambar tular di laman sosial yang menunjukkan seorang wanita cuba mengisi minyak menggunakan diesel pada Toyota Vios di sebuah stesen minyak.

Dipercayai gambar tersebut dimuat naik tuan empunya badan di akaun Facebook miliknya sebelum menjadi tular sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. 



Kebanyakan warga maya terkejut kerana wanita itu mengangkat pam minyak diesel. Justeru itu, wanita tersebut tampil memberi penjelasan menyatakan ia hanyalah  gimik.

“Saya tidak dapat masukkan muncung nozel ke dalam tangki minyak kereta tersebut kerana ukurannya tidak sama. Ia hanya boleh diletakkan untuk bergambar sahaja,” katanya.

Wanita tersebut yang juga seorang jurujual pengedar Toyota juga menjelaskan dia berkongsi gambar tersebut di Facebook sebelum kereta tersebut diserahkan kepada pemiliknya.

Bagaimanapun dia sendiri tidak menyangka gambar tersebut tular dan menimbulkan kontroversi. Dia sudah pun memadamkan hantaran gambar asal serta mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan dan perbualan yang dikongsikan oleh orang ramai.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here