Mugen tawar pakej aksesori buat Honda Civic hatchback

1791

Baru-baru ini, Mugen melancarkan pakej aksesori bagi model Honda Civic hatchback yang membuatkan penampilan model tersebut lebih agresif dan boleh didapati bermula Disember ini.

Aksesori yang ditawarkan merangkumi lip spoiler yang boleh didapati dalam warna hitam berkilat, atau Sonic Gray Pearl dan Premium Crystal Blue Metallic pada harga Yen 67,000 (RM2,520) hingga Yen 72,000 (RM2,709), bergantung kepada pilihan warna. 



Turut tersedia skirting sisi tambahan dengan warna sama yang berharga Yen 88,000 (RM3,322) manakala spoiler bawah belakang berharga Yen 80,000 (RM3,020) dan spoiler bonet berharga Yen 94,000 (RM3,549).

Selain itu, Mugen turut menawarkan beberapa kemasan kecil pelekat acah gentian karbon pada gril depan, pelekat perak pada bawah lampu depan dan pelindung cermin sisi berwarna hitam.

Mugen juga menawarkan satu set roda aluminium bersaiz 18-inci, lengkap dengan lug nut baharu.

Akhir sekali, beberapa komponen berprestasi tinggi ditawarkan buat Civic seperti sistem ekzos, penutup radiator bertekanan tinggi, penapis minyak, brek cakera Type S, naik taraf rotor brek, dan saluran brek jenis braided.

Sementara, pemilik Civic hatchback di Jepun boleh menempah set alas kaki berwarna hitam atau merah, serta pemasangan plat krom @ scuff plate.

GALERI

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here