Toyota Vios bertukar dengan satu klik, video kreatif terbaru Sofyank96 raih pujian warganet

5126

Sofyank96 bukanlah satu nama asing bagi pengguna media sosial, dimana dia terkenal dengan menghasilkan video-video kreatif dalam durasi pendek sehinggakan dia digelar sebagai ‘Zach King Malaysia’.

Sofyank96

Baru-baru ini, Sofyank atau nama sebenarnya Mohamad Sofian telah berkongsikan satu video hasil kerjasama dengan seorang lagi influencer terkenal, Aiman Salim. Dalam video kali ini, Sofyank mengetengahkan kebolehan model Toyota Vios dan Vios GR Sport.



Peralihan video ini begitu lembut, dari pertukaran set diorama ke kawasan lot kedai sebenar, pita pelekat menjadi jalur jalan dan ditambah pula dengan gelak tawa jenaka ‘Liverpool’ oleh Aiman Salim menceriakan video kali ini.

Bahagian yang menarik dalam video tersebut ialah apabila Sofyank menaik taraf model Toyota Vios biasa menjadi Vios GR Sport. Alangkah indahnya dunia jika kita boleh menukar kenderaan dengan fungsi ‘futuristik’ semudah itu.

Rata-rata video yang dikongsikan ini telah mendapat puluhan ribu reaksi dari segi pujian mahupun sokongan moral oleh peminat Sofyank di pelbagai platform media sosial seperti TwitterInstagram dan TikTok.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here