Yamaha YZF-R15 dengan warna Silver baharu, harga kekal RM11,988

2582

Hong Leong Yamaha Motor hari ini memperkenalkan warna baharu untuk YZF-R15 iaitu Silver (perak).

Harga cadangan kekal pada RM11,988 dan setiap pembelian akan hadir dengan Yamaha Disc Lock bernilai RM100. Motosikal ini juga akan disertakan dengan jaminan dua tahun atau 20,000km.



Warna Silver ini ialah penambahan terkini selepas pengenalan warna Race Blu (biru) dan Black (hitam) tahun lepas.

Tiada perubahan mekanikal, bermakna YZF-R15 ini akan dikuasakan enjin 155cc, satu silinder liquid-cooled dengan variable valve actuation (VVA) dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Secara keseluruhan, enjin ini mampu menghasilkan 19.3hp dan 15Nm tork.

Untuk suspensi, motosikal ini menggunakan fork upside-down pada bahagian hadapan dan penyerap hentak jenis preload-adjustable pada bahagian belakang. Sistem brek pula terdiri dari cakera brek hidraulik depan berdiameter 282mm dan cakera brek 220mm di bahagian belakang.

R15 disediakan dengan tayar yang agak besar iaitu bersaiz 100/80-17 untuk tayar hadapan dan 140/70-17 untuk tayar belakang. Komponen standard yang disertakan ialah panel instrumen LCD monokrom, bingkai Deltabox, swingarm aluminium dan tangki bahan api 11 liter.

Berat keseluruhan motosikal ini pula ialah 137kg.

Seperti biasa, panel instrumen digital memaparkan rpm, kelajuan, odometer, penggunaan bahan api, penunjuk kedudukan gear, kapasiti bahan api dan lampu amaran biasa. Selain itu, lampu amaran penukaran gear disertakan dan pencahayaan LED.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here