Yamaha perkenalkan warna Race Blu dan Black baru untuk YZF-R15 2020

1989

Hong Leong Yamaha Motor selaku pengedar rasmi Yamaha di Malaysia kini memperkenalkan dua warna baharu untuk Yamaha YZF-R15 2020.

YZF-R15

Warna tersebut adalah Race Blu dan Black dan berharga RM11,988 seunit tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Motosikal ini juga akan disertakan dengan jaminan dua tahun atau 20,000km.



Enjin yang digunakan oleh Yamaha YZF-R15 2020 sama seperti model tahun lepas iaitu enjin 155 cc, satu silinder liquid-cooled dengan variable valve actuation (VVA) dan dipadankan dengan kotak gear 6-kelajuan. Secara keseluruhan, enjin ini mampu menghasilkan 19.3hp dan 15Nm tork.

YZF-R15

Untuk suspensi, motosikal ini menggunakan fork upside-down pada bahagian hadapan dan penyerap hentak jenis preload-adjustable pada bahagian belakang. Sistem brek pula terdiri dari cakera brek hidraulik depan berdiameter 282mm dan cakera brek 220mm di bahagian belakang.

R15 disediakan dengan tayar yang agak besar iaitu bersaiz 100/80-17 untuk tayar hadapan dan 140/70-17 untuk tayar belakang. Komponen standard yang disertakan ialah panel instrumen LCD monokrom, bingkai Deltabox, swingarm aluminium dan tangki bahan api 11 liter.

YZF-R15

Berat keseluruhan motosikal ini pula ialah 137kg.

Seperti biasa, panel instrumen digital memaparkan rpm, kelajuan, odometer, penggunaan bahan api, penunjuk kedudukan gear, kapasiti bahan api dan lampu amaran biasa. Selain itu, lampu amaran penukaran gear disertakan dan pencahayaan LED.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here