Akta Pengangkutan Jalan (pindaan) 2020 berkuat kuasa 23 Oktober – Menteri Pengangkutan

344

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 yang membawa hukuman lebih berat untuk kesalahan lalu-lintas khususnya berkaitan Seksyen 41 hingga 45, akan berkuat kuasa 23 Oktober ini.

Kementerian pengangkutan juga dikatakan menerima pemberitahuan penetapan tarikh permulaan kuat kuasa akta itu daripada Jabatan Peguam Negara.

“Kami harap pindaan terbaharu ini akan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pengguna jalan raya untuk mematuhi undang-undang lalu-lintas bagi memastikan jalan raya di negara kita selamat untuk semua,” katanya Wee.

Antara pindaan itu ialah Seksyen 41 yang membabitkan kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan iaitu hukuman penjara selama lima hingga 10 tahun dengan denda RM20,000 hingga RM50,000.

Akta Pengangkutan Jalan
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong

Pindaan juga dibuat terhadap Seksyen 44 mengenai kesalahan menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan yang dibahagikan kepada dua kategori iaitu kes yang menyebabkan kecederaan dan yang mengakibatkan kematian.

Mereka yang menyebabkan kematian semasa memandu akan dipenjara antara 10 dan 15 tahun serta didenda antara RM50,000 dan RM100,000 selain hilang kelayakan lesen selama 10 tahun untuk kesalahan pertama.

Pindaan ini juga membawa hukuman penjara 15 hingga 20 tahun, denda tidak kurang daripada RM100,000 serta denda maksimum RM150,000 selain hilang kelayakan lesen untuk tempoh 20 tahun, bagi kesalahan berikutnya.

Wee berkata, Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 turut mengambil kira pandangan orang ramai melalui kaji selidik membabitkan lebih 345,000 responden yang dilakukan Kementerian, dengan 94 peratus bersetuju hukuman lebih berat dikenakan bagi yang memandu di bawah pengaruh alk0hol dan d4dah.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here