“Sangat menyedihkan untuk lihat Rossi raikan kedudukan 5 teratas seperti dia menang,” – Casey Stoner

1542

Bekas juara dunia MotoGP, Casey Stoner berkata sesuatu yang ‘menyedihkan’ untuk dia melihat Valentino Rossi meraikan kedudukan 5 teratas atau kedudukan podium seperti meraikan kemenangan.

Rossi akan meneruskan kerjayanya dalam perlumbaan MotoGP 2021 dengan menyertai pasukan Petronas Yamaha SRT.



The Doctor berjaya menduduki tempat ketiga di MotoGP Andalusia pada Julai dan tiga kali kedudukan kelima walaupun tidak berjaya menamatkan perlumbaan sebanyak tiga kali dalam perlumbaan musim ini. 

Rossi juga tidak bersaing pada MotoGP Aragon baru-baru ini kerana disahkan positif Covid-19.

Berdasarkan prestasi semasa Rossi, Casey Stoner tampil bersuara dengan berkata Rossi kelihatan bergelut untuk memperoleh kemenangan dan memberi komen tentang keputusan Rossi untuk bersaing pada musim MotoGP 2021.

“Saya rasa semuanya bergantung kepada Rossi. Jika dia masih menikmati perlumbaan dan sentiasa ‘laju’, itu suatu perkara yang bagus.”

“Sangat sukar untuk berada di fikiran orang lain. Bagi saya, ketika saya bertanding melawan Rossi, dia adalah seorang juara. Dia melakukan apa sahaja untuk memenangi perlumbaan.”

rossi stoner

“Sekarang, walaupun dia berada kedudukan lima teratas atau kedudukan podium, dia meraikannya seperti dia memenangi perlumbaan tersebut. Hal ini sangat menyedihkan bagi saya.”

“Dia selalu melakukan apa sahaja untuk memenangi perlumbaan dan hari ini dia nampaknya bergelut untuk menang,” kata Stoner.

Untuk makluman, Casey Stoner bersara dari dunia MotoGP pada tahun 2012, dan kali terakhir menunggang jentera MotoGP pada tahun 2018 ketika menjadi pelumba ujian bagi pasukan Ducati.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here