Valentino Rossi positif Covid-19, bakal terlepas MotoGP Aragon

1183

Juara dunia sembilan kali, Valentino Rossi mendedahkan bahawa ujian Covid-19 didapati positif.

rossi covid-19

Pelumba berusia 41 tahun tersebut bersaing dalam MotoGP Perancis baru-baru ini walaupun mengalami kemalangan pada pusingan pembukaan.
 
Untuk saingan seterusnya, Rossi sepatutnya dijadualkan untuk bersaing di MotoGP Aragaon dan Teruel, yang akan diadakan di litar sama iaitu litar MotorLand Aragon.
 

Namun, dia difahamkan akan terlepas saingan MotoGP Aragon dan berkemungkinan besar akan turut terlepas MotoGP Teruel.



Dalam satu kenyataan dalam laman Twitter rasmi miliknya, Rossi berkata : “Pada suatu pagi, saya bangun dan rasa tidak sedap badan. Tulang saya sakit dan saya demam, jadi saya segera menghubungi doktor untuk melakukan ujian sebanyak dua kali.

“Untuk ujian pertama, saya didapati negatif. Namun untuk ujian kali kedua, sayangnya saya disahkan positif.

 
Rossi turut menyatakan kekecewaannya kerana postif Covid-19. Walaupun dia telah mengikuti segala SOP (standard operating procedure) yang ditetapkan, bahkan juga mengkuarantinkan dirinya sejak tamat saingan MotoGP Perancis.
 
“Saya tidak dapat melakukan apa-apa untuk mengubah keadaan buat masa sekarang. Kini saya hanya mengikuti nasihat dari pihak perubatan dan berharap cepat sembuh,” kata Rossi.
 
Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here