Mitsubishi Xpander kini boleh ditempah! Jom lihatkan spesifikasi lengkap

3171

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia kini mengumumkan spesifikasi penuh Mitsubishi Xpander baru.

Mitsubishi Xpander

Crossover tujuh tempat duduk ini dibuka untuk tembahan di semua bilik pameran Mitsubishi Motors di seluruh negara, sebelum pelancaran rasminya di Malaysia yang dijadualkan pada November 2020.



Mitsubishi masih belum mengumumkan harganya, tapi ia sepatutnya berada bawah RM100k, meletakkan Xpander sebaris dengan pesaing seperti Honda BR-V dan Perodua Aruz.

Xpander baru ini dikuasakan enjin petrol 1.5-liter MIVEC menggunakan blok aluminium yang menghasilkan kuasa 103hp pada 6,000 rpm dan 141Nm tork pada 4,000 rpm.

Mitsubishi Xpander

Digabungkan dengan transmisi automatik 4-kelajuan, Xpander ini mampu mengoptimumkan kuasa dan penjimatan bahan api, selain didatangkan dengan waranti selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had.

Luaran

Xpander menampilkan konsep reka bentul hadapan ‘Perisai Dinamik’ (Dynamic Shield), yang digabungkan di dalam setiap kereta baru yang dilancarkan oleh Mitsubishi. ‘Perisai Dinamik’ memberikan prestasi tinggi dan rasa dilindungi untuk pemandu dan penumpang.

Mitsubishi Xpander

Dari segi estetika, Xpander didatangkan dengan beberapa senarai kit yang mengagumkan termasuk lampu hadapan Bi-LED, berkedudukan blok kristal LED dan lampu belakang LED iluminasi L.

Xpander baharu juga dilengkapi rim roda aloi dua tona bersaiz 16 inci. pengguna juga tidak perlu bimbang bila berlaku banjir kilat kerana paras tinggi lantai kereta Xpander ialah 205mm.

Dalaman

Untuk ruangan dalam, secara keseluruhan Xpander mempunyai tinggi 1,730mm dan panjang 4,475mm. Xpander baharu ini memiliki jarak roda 2,775mm dan lebar 1,750mm yang menawarkan lebih banyak ruang kaki untuk semua penumpang.

Mitsubishi Xpander

Kerusi pada bahagian kedua dan ketiga dapat dilipat rata untuk memberi ruang kepada barang yang penuh. But belakangnya juga direka menyerupai kereta, yang menjadikannya lebih mudah untuk mengangkut barangan besar dan panjang.

Malahan, Xpander juga didatangkan dengan empat corong udara yang dipasang menerusi bumbung bagi edaran udara lebih baik ke atas setiap penumpang. Untuk hiburan, Xpander dipasang sistem audio 9-inci bersama Apple Carplay dan Android Auto.

Keselamatan

Ciri-ciri keselamatan yang disertakan adalah dua beg udara SRS, sistem brek anti penguncian (ABS), edararan tenaga brek elektronik (EBD), Kawalan Aktif Stabiliti (ASC), Sistem Bantuan Brek (BA), Bantuan Permulaan Bukit (HSA), Peringatan Rehat, Sistem Mengatasi Brek (BOS) dan banyak lagi.

Mitsubishi Xpander

Yang terakhir ialah Xpander diperkenalkan dengan kluster meter berkontras tinggi 4.2 inci yang memaparkan maklumat penting seperti tolok suhu penyejukan enjin, dan amaran bagi kawalan luncur atau bateri lemah di dalam kunci kereta.

Ingin lihat dengan lebih dekat?

Orang ramai boleh melihat secara dekat Mitsubishi Xpander baharu di siri-siri tayangan khas di bandar-bandar utama bermula 23 Oktober hingga 8 November.

Lokasi dan tarikh bagi tayangan khas adalah seperti berikut:

Tarikh

Tempat

Masa

23-25 Oktober

Toppen Mall, Johor Bahru, Johor

10.00am-10.00pm

29 Oktober-1 November

Ipoh Parade, Perak

10.00am-10.00pm

3-8 November

IOI City Mall, Klang Valley

10.00am-10.00pm

 

Sila layari web rasmi MMM https://www.mitsubishi-motors.com.my/ dan halaman media sosial Facebook https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia/ dan Instagram https://www.instagram.com/mitsubishimotorsmalaysia/ untuk acara-acara yang akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here