Pramugari beri ucapan penuh emosi pada penerbangan terakhir sebelum diberhentikan kerja

2439

Pandemik Covid-19 yang melanda suluruh dunia buat masa sekarang sudah tentu menjejaskan dan memberi kesan yang besar kepada banyak negara terutama dalam sektor ekonomi.

Pandemik ini juga menyebabkan institusi penerbangan di seluruh dunia terjejas teruk, sehingga ada syarikat terpaksa membuang ribuan pekerja mereka.



American Airlines yang merupakan syarikat penerbangan dari Amerika Syarikat turut sama menerima impak negatif daripada penularan pandemik ini. Beribu-ribu kakitangan mereka dikatakan terpaksa diberhentikan bagi menampung kos operasi yang besar.

Sehubungan dengan itu, sekumpulan pekerja syarikat ini yang turut sama diberhentikan atas alasan yang sama bagaimanapun telah memuat naik ‘ucapan terakhir’ mereka menerusi rakaman video TikTok.

ucapan terakhir

Ucapan tersebut difahamkan ditujukan kepada semua penumpang ketika kapal terbang telah mendarat di lapangan terbang.

“Para penumpang, saya mahu berkongsi sedikit ucapan terakhir dengan anda semua sebelum kita berpisah hari ini. Seperti yang kita semua tahu, Covid-19 telah memberi kesan kepada seluruh dunia pada tahun ini.”

“Saya pasti anda semua sedikit sebanyak ada menerima kesannya. Dan malangnya, industri penerbangan telah menerima kesan yang besar. Berikutan itu, American Airlines terpaksa memberhentikan sebanyak 8,099 pekerjanya.”

ucapan terakhir

“Semua kru dalam penerbangan ini adalah sebahagian daripada angka itu, dan ini adalah penerbangan kami yang terakhir.”

“Kami mahu berterima kasih kepada anda semua. Terima kasih untuk senyuman, kebaikan, dan semestinya, kehadiran anda. Setiap hari saya menyaksikan keajaiban manusia yang kecil.”

@thirstykirstie

my final PA. This job has been a dream & I will miss it everyday PT1 ##FlightAttendant ##Furloughed ##Goodbye ##IWillMissYou ##Affirmations ##StrapBack

♬ original sound – Kirsten Hamik

“Orang yang tidak mengenali saling bantu-membantu, berkongsi gambar dan kisah tentang orang yang disayangi yang mahu dilawati, memujuk sesama sendiri ketika cuaca sedang buruk, mengusik bayi yang duduk di barisan hadapan, terlalu banyak perkara yang membuatkan pekerjaan ini hebat, tetapi sebab utamanya adalah kerana anda. Dengan seikhlas hati saya, terima kasih.”

Ucapan terakhir dari pramugari ini sememangnya mengundang sebak bagi sesiapa sahaja yang mendengarnya. Diharapkan agar semua kakitangan yang terlibat dapat menempuh segala dugaan pada masa yang akan datang dan terus kuat untuk mencari rezeki.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here