Pelakon wanita ditahan kerana berbasikal rentas negeri masa PKPB

3178

Padah melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), seorang pelakon wanita iaitu Bella Dally difahamkan ditahan polis kerana dipercayai merentas negeri.

Umum mengetahui Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 27 Oktober ini.



Bella atau nama sebenarnya, Nabilah Ali Dally, 29, ditahan bagi membantu siasatan tindakannya mengayuh basikal ke Genting Sempah, Bentong di Pahang pada Ahad lalu.

Selebriti tersebut difahamkan ditahan selepas polis meneliti satu perkongsian yang dimuat naik di Instagramnya, yang memaparkan dia bersama rakannya sedang berbasikal.

pelakon wanita pkpb

Dia bersama rakannya dipercayai bergerak dari kediaman masing-masing di Dutamas menghala ke sebuah restoran yang terletak berhampiran Hospital Orang Asli, Gombak.

Mereka kemudian meletakkan kenderaan di sana sebelum berbasikal melalui Jalan Gombak Lama ke Genting Sempah. Mereka berbasikal kira-kira lebih 10km sebelum patah balik ke kenderaan.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan tangkapan pelakon tersebut bersama rakannya. Bagaimanapun, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai mengambil keterangan.

Terdahulu, gambar aktiviti berbasikal yang dikongsikan oleh Bella itu menerima kecaman daripada netizen yang tidak berpuas hati  kerana dikhuatiri membawa jangkitan Covid-19 di daerah dan negeri zon hijau.

Menerusi gambar berkenaan, Bella turut menyertakan kapsyen, “Wohoo Genting Sempah with @diyanaba- nana”. Bagaimanapun, foto tersebut sudah pun dipadamkan dari Instagramnya.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here