Ducati Streetfighter V4, Scrambler 1100 Pro dan 1100 Sport Pro masuki pasaran Malaysia

1772

Next Bike Sdn Bhd, pengedar rasmi Ducati di Malaysia kini memperkenalkan tiga unit motosikal Ducati yang baru iaitu Streetfighter V4, Scrambler 1100 Pro dan 1100 Sport Pro.

Streetfighter V4 Scrambler 1100 Pro 1100 Sport Pro

Ducati Streetfighter V4

Ducati Streetfighter V4 ini seakan model Panigale V4 yang tidak mempunyai fairing, disertakan dengan hendal yang tinggi dan lebar, dan mempunyai berat kering 178kg.



Motosikal ini dikuasakan oleh enjin 1100cc Desmosedici Stradale yang mampu menghasilkan 208hp. 

Streetfighter V4 Scrambler 1100 Pro 1100 Sport Pro

Streetfighter V4 juga dilengkapi dengan lampu hadapan LED, seakan sama seperti model Pangale V4 yang diinspirasikan dari senyuman Joker. Satu lagi ciri khas pada model ini adalah lampu DRL berbentuk V yang sudah ada pada Panigale V4.

Pakej elektronik generasi terkini di Streetfighter V4 ialah jenis 6-axis Inertial Measurement Unit (6D IMU) .

Sistem elektronik ini akan mengawasi setiap bahagian perjalanan, termasuk kawalan permulaan, pecutan, brek, daya cengkaman, dan memberikan bantuan pengendalian ketika di selekoh.

Bersama dengan Streetfighter V4, Streetfighter V4 S juga turut dilancarkan. Versi ini menampilkan roda Marchesini, steering damper, dan suspensi yang dikendalikan secara elektrik iaitu Öhlins Smart EC 2.0 generasi kedua.

Ducati Streetfighter V4 dan Streetfighter V4 S masing-masing dijual pada harga RM115,900.00 dan RM145,900.00.

Ducati Scrambler 1100 Pro dan 1100 Sport Pro 

Menampilkan reka bentuk yang asli, model Ducati Scrambler 1100 Pro dan 1100 Sport Pro dikuasakan oleh enjin enjin 1079 cm³ yang mampu menghasilkan jumlah tork yang besar.

Ducati Scrambler 1100 Pro

Ducati Scrambler 1100 Pro disertakan dengan skema warna ‘Ocean Drive’ dan digabungkan dengan kerangka Trellis keluli dan sub-kerangka aluminium, dimana kedua-duanya bewarna hitam.

Selain livery yang baru, peredam ekzos berkembar yang unik juga merupakan satu tarikan terhadap motosikal ini.

Untuk Ducati Scrambler 1100 Sport Pro, ia disertakan dengan penampilan yang sangat menarik, dan disertakan dengan satu set suspensi Öhlins, hendal yang lebih rendah dan cermin sisi Café Racer.

Ducati Scrambler 1100 Sport Pro

Versi ini juga didatangkan dengan skema warna Matt Black dan dilengkapi dengan logo 1100 yang dicat pada bahagian sisi tangki.

Selain itu, kedua-dua versi Ducati Scrambler 1100 Pro ini ju dilengkapi dengan Ducati Traction Control (DTC) dan ABS Cornering yang akan memastikan keselamatan ketika di selekoh. 

Tiga mod perjalanan disediakan iaitu (Active, Journey dan City). Ketiga-tiga mod ini akan membantu penunggang yang kurang berpengalaman untuk mencari keseimbangan yang tepat dalam penggunaan komponen elektronik dengan memilih gaya menunggangnya.

Ducati Scrambler 1100 Pro dan Scrambler 1100 Sport Pro masing-masing dijual pada harga RM75,900.00 dan RM80,900.00.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Ducati Streetfighter V4, Scrambler 1100 Pro dan 1100 Sport Pro dan rangkaian lengkap Ducati dan Scrambler, anda boleh menghubungi pusat pengedar berikut:

Ducati Petaling Jaya
Ducati Sungai Buloh
Ducati Pulau Pinang

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here