Ini pemilik pertama Ducati Streetfighter V4 Lamborghini di Malaysia yang berharga RM460,900

14512

Ducati Malaysia membawa masuk Ducati Streetfighter V4 Lamborghini baharu yang menggabungkan kuasa dan prestasi motosikal Ducati dengan kemewahan serta keanggunan Lamborghini.

Jentera yang diinspirasikan falsafah reka bentuk Lamborghini Huracan STO (Super Trofeo Omologata) dengan menawarkan livery direka khas yang mencerminkan garisan anggun dan aerodinamik.

Ini ciri utama tentang motosikal edisi terhad itu



Rekaan Berinspirasi

Menerapkan rekaan daripada Huracan STO yang ikonik, rim menampilkan reka bentuk anggun, diserlahkan lagi dengan nat pengunci titanium pada rim belakang. 

Streetfighter V4 Lamborghini juga mempunyai tekstur dan kemasan gentian karbon yang sama seperti Lamborghini Huracan STO.

Bagi mudgad, bahagian bawah enjin, penutup sisi tangki bahan api dan penutup tempat duduk penumpang diinspirasi bolong masuk dan saluran aliran udara pada Huracan STO. Untuk sentuhan tambahan, pelana dibaluti Alcantara eksklusif.

Enjin

Masih menggunakan enjin Desmosedici Stradale 1,103 cc, yang menawarkan keluaran kuasa 208 hp, memanfaatkan pengedaran desmodromik yang berasal dari MotoGP. 

Enjin Stradale kini lengkap dengan klac kering dan ekzos titanium Akrapovic dan gentian karbon sebagai peralatan standard.

Liveri

Jentera itu memaparkan livery unik yang menampilkan logo ikonik STO dan nombor 63, memberi penghormatan kepada tahun penubuhan Lamborghini. 

Mengingati Huracán STO, cat dan skema warna yang digunakan pada Streetfighter V4 Lamborghini Edition adalah sama seperti kereta berkenaan.

Warna utama badan ialah “Verde Citrea”, manakala warna kontras ialah “Arancio Dac”. 

Ketua Pegawai Operasi Ducati Malaysia, Dennis Michael (dua dari kiri gambar di atas) memaklumkan bahawa hanya dua unit dibawa ke Malaysia. 

“Ducati Streetfighter V4 Lamborghini bukan sekadar motosikal, ia adalah simbol sejarah yang kaya dan dikongsi bersama antara Ducati dan Lamborghini. 

“Peminat dan pengumpul Malaysia sama-sama. Ia juga menunjukkan bahawa pemilik dan peminat Ducati Malaysia kami adalah antara yang paling bersemangat di dunia,” katanya.

Ketika majlis pelancarannya, Ducati Streetfighter V4 Lamborghini edisi terhad itu diserahkan kepada pemilik pertama di Malaysia iaitu Datuk Nazir Hussin Akhtar Hussin.

Tahukah anda, kedua-dua unit Ducati Streetfighter V4 Lamborghini di Malaysia sebenarnya sudah pun berpunya, harganya pula dijual bermula RM460,900.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here