Ducati Malaysia lancar Panigale V4R (2023), harga RM459k

873

Ducati Malaysia melancarkan pembukaan pusat 3S Ducati Kuala Lumpur bernilai RM1 juta di Wisma Pahlawan. 

Seiring dengan pelancaran pusat jualan berkenaan, pengedar rasmi jenama Ducati di Malaysia itu turut memperkenalkan dua model baharu iaitu Panigale V4R dan Monster SP.



HARGA

  • Ducati Monster SP: RM98,900
  • Ducati Panigale V4R: RM458,900

DUCATI PANIGALE V4R (2023)

Di peringkat global, Ducati mengumumkan kehadiran Panigale V4R (2023) hujung tahun lalu.

Jentera lumba yang sah digunakan di jalan raya umum itu didatangkan dengan beberapa naiktaraf berbanding model sebelumnya.

Berikut informasi ringkas tentang superbike tersebut:

  • Menerima sentuhan teknikal jentera MotoGP dan WorldSBK Championship, V4 R menggunakan enjin 998cc Desmosedici Stradale R. Ia merupakan unit berbeza dengan  1,103cc Desmosedici Stradale.
  • Bagaimanapun, rekaan asas enjin adalah sama melibatkan sudut V 90-darjah, gerek 81mm dan engkol putaran terbalik. Tetapi R memiliki lejang lebih pendek 48.4mm berbanding 53.5mm untuk mendapatkan sesaran enjin 998cc.
  • Maka, enjin patuh emisi Euro5 itu menghasilkan kuasa 215.1bhp @ 15,500rpm dan tork 111.3Nm @ 12,000rpm bersama transmisi 6-kelajuan, Ducati QuickShift EVO 2.
  • Pesaing Honda CBR1000RR-R SP, BMW M1000RR dan Yamaha RM1 itu menggunakan fork Ohlins NPX25/30 yang dinaiktaraf. Panjang travel kini bertambah 5mm berbanding sebelumnya serta penyerap hentak belakang TTX36 lebih panjang dengan spring lembut.
  • Seperti sebelumnya, kedudukan swingarm pivot adalah boleh laras. 
  • Pelana belakang lebih tinggi 20mm menjadikan pengendalian hendal lebih lincah berbanding versi sebelumnya.
  • Fork travel lebih panjang dan penyerap hentak belakang lebih lembut memudahkan pemindahan berat, meningkatkan cengkaman dan fiil ketika memasuki selekoh.

  • V4 R memiliki berat basah 193.5kg (termasuk tangki minyak) atau 172kg tanpa cecair. Sekiranya menggunakan paip Akrapovic, berat jentera akan lebih ringan menjadi  188.5kg dan 167kg.

  • Ducati memilih kaliper monobloc stylema M4.39 bersama brek cakera 330mm di depan dan brek cakera 245mm, 2-piston kaliper di belakang. Kedua-duanya dipadankan dengan ABS EVO selekoh. 

     

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here