[Video] Lepas langgar penunggang motor, pemandu ‘lari’ sebab takut, panik

434

Akibat terlalu takut dan panik selepas melanggar sebuah motosikal, pemandu kereta meneruskan perjalanan tanpa berhenti dalam kejadian di KM7, Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, bagaimanapun pemandu kereta iaitu lelaki berusia lingkungan 30-an tersebut tampil membuat laporan polis berhubung kemalangan berkenaan tidak lama kemudian.



Katanya, kejadian berlaku pada jam 9 pagi apabila pemandu kereta secara tiba-tiba menukar lorong kiri ke laluan tengah.

“Pemandu hilang kawalan dan melanggar motosikal yang ditunggang lelaki tempatan berusia lingkungan 40-an. Penunggang motosikal hanya mengalami kecederaan ringan,

“Pemandu kereta membuat laporan polis dan memberi kerjasama sepanjang soal siasat dijalankan,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 20 saat memaparkan kereta menukar lorong dari kiri ke tengah secara laju melanggar sebuah motosikal.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here