Ducati Panigale V4 dan V4S lancar di Malaysia, harga masing-masing RM145K serta RM188K

1322

Pada penghujung 2017, Ducati mula memperkenalkan Panigale V4 untuk pasaran global. Boleh dikatakan setiap dua tahun selepas, Panigale V4 ini hadir ciri baharu yang dinaik taraf.

Penghujung tahun lalu pula, pengeluar jentera dua roda dari Itali itu memperkenalkan Panigale V4 2022 dengan ciri baharu. Bagi versi 2022, Panigale V4 melengkapkan evolusi paling ketara sejak kelahirannya. 

Penambahbaikan membabitkan semua aspek membabitkan aerodinamik, ergonomik, enjin, casis dan elektronik. 



Galeri Ducati Panigale V4 S

Hasilnya, motosikal itu lebih laju di litar dan pada masa yang sama kurang memenatkan untuk penunggang. Pendek kata, ia menawarkan keseronokan yang hebat dan bermanfaat kepada penunggang profesisonal atau amatur.

Bagi pasaran Malaysia, ia ditawarkan dengan dua varian iaitu Panigale V4 dan V4S. Panigale V4 dijual pada harga bermula RM145,900, manakala RM188,900 untuk V4S. Harga untuk versi 2022 ini, boleh dikatakan naik berbanding sebelum ini.

Bagi varian V4S,  ia lebih mahal kerana dipadankan sistem suspensi hadapan dan belakang Ohlins serta rim aluminium.

Apa yang sudah dinaik taraf untuk Panigale V4 2022, ini perinciannya: 

1. Aerodinamik – Ia kini lebih cantik lebih kompak, selain sayap tepi baharu pada fairing.

2. Enjin – Kuasa meningkat 1.5hp dan kini ia menyalurkan 215.5hp pada 13,000 rpm. 

3.Kotak Gear – Dipadankan kotak gear SBK baharu terutama gear I, II dan VI dengan nisbah yang panjang.

4. Ergonomik – Tempat duduk dan tangki direka bentuk semula untuk memaksimumkan prestasi tunggangan. Tempat duduk baharu mampu elak gelungsur ke depan ketika membrek, manakala kapasiti tangki bahan api meningkat 1 liter.

5. Kawalan Elektronik – Mod Kuasa Baharu dengan 4 konfigurasi enjin untuk memuaskan semua jenis penunggang daripada profesional kepada amatur.

Galeri Ducati Panigale V4

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here