6 sebab buatkan Honda BR-V 2020 jadi Crossover paling mantap dalam kelasnya

3925

Pasaran untuk kenderaan penumpang 7-tempat duduk dengan harga bawah RM100,000 sememangnya boleh menjadi suatu segmen yang menarik perhatian kerana ia menepati citarasa rakyat Malaysia.

Salah satu model paling popular, Honda BR-V telah merevolusi segmen ini sejak ia diperkenalkan pada 2017 dan telah menjadi pilihan kepada lebih 40,000 keluarga di Malaysia.



Diklasifikasikan sebagai crossover oleh Honda, ia memberikan rakyat Malaysia sebuah kenderaan yang versatil, praktikal, berkualiti dan paling penting, menjimatkan bahan api.

Menjadi model No.1 itu satu hal, tetapi untuk kekal di posisi itu memerlukan usaha lebih keras. Antara usaha oleh Honda Malaysia adalah dengan memberikan penambahbaikan dan facelift kepada BR-V ini.

Dan untuk tahun ini, Honda Malaysia telah memperkenalkan beberapa lagi pembaharuan pada BR-V. Berikut adalah 6 sebab yang akan membuatkan BR-V tetap menjadi model paling mantap dalam kelasnya:

1. Crossover 7 tempat duduk – Ya, Honda BR-V merupakan salah satu dari beberapa model dalam segmen ini yang mempunyai 7 tempat duduk. Ia menawarkan ruang paling luas dalam kelasnya.

2. Gaya luaran lebih kemas – Untuk membezakan Honda BR-V 2020 ini dengan BR-V sebelumnya, anda boleh lihat pada gaya luarannya yang dikemaskini.

Terdapat gril baharu, bampar depan dan belakang baharu, kemasan lampu kabus baharu, antena sirip jerung dan rim aloi 16-inci baharu.

Ciri lain yang menjadi kesukaan rakyat Malaysia dikekalkan seperti lampu depan projektor automatik dengan Daytime Running Lights LED, gril depan krom, lampu belakang bergaya, serta rel bumbung yang menampilkan gaya lasak dan rugged.

3. Ruang dalaman dinaik-taraf – Bahagian dalaman tidak dilupakan. Honda BR-V 2020 dilengkapi dengan paparan audio 7-inci baharu serta tempat duduk kulit baharu dengan kemasan merah yang menawarkan gaya sporty (varian V sahaja).

Dan warna merah ini padan dengan jahitan merah pada tombol gear!

Kelengkapan standard termasuklah kunci Smart Entry, butang Push Start, penghawa dingin automatik, dan stereng dengan butang kawalan audio. Kesemua kelengkapan ini pastinya memberikan kemudahan kepada pemandu dan penumpang.

4. Luas dan praktikal – Selain ruang kabin yang luas, tempat duduk barisan ketiga juga cukup luas. Ruang kargo pula ialah 223 liter dengan tempat duduk baris ketiga dinaikkan.

Tetapi jika anda memerlukan lebih ruang, tempat duduk belakang ini boleh diturunkan dan anda akan mendapat kapasiti kargo sebanyak 539 liter, iaitu terbesar dalam kelasnya. Pasti cukup untuk aktiviti riadah hujung minggu anda!

5. Seronok dipandu – Walaupun BR-V sebuah SUV atau crossover keluarga, ini tidak bermakna ia tidak seronok dipandu. Enjin 1.5-liter i-VTEC bukan sahaja menjimatkan, malah juga responsif dan dipadankan dengan paddle-shifter untuk memberikan pemanduan mengujakan.

Seiring dengan pengecualian cukai jualan, Honda BR-V 2020 kini dijual pada RM86,726 untuk varian E, manakala RM93,420.27 untuk varian V. Untuk maklumat lanjut, hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here