Pemilik Nissan 350Z ini merupakan pemilik tegar filem Star Wars

1847

Terdapat beberapa buah kereta yang agak pelik di sekitar California, dan Nissan 350Z milik Shawn Crosby ini salah satu daripadanya.

Nissan 350z

Kereta milik Crosby mula viral di Reddit selama bertahun-tahun, dan baru-baru ini ianya mendapat 4,000 undian bagi kategori paling popular dalam subreddit Shitty_Car_Mods.



Walaupun ada sesetengah individu yang menganggapnya seperti prop filem, Nissan 350Z milik Crosby ini telah lalu-lalang di jalan California selama lebih dari lima tahun.

Nissan 350z

Butiran lanjut mengenai kereta ini telah diterangkan oleh Crosby melalui temubual yang dilakuakan oleh saluran YouTube HACKDAY pada bulan Disember 2015.

Menerusi video tersebut, Crosby menyatakan dia sering berpakaian seperti Obi-Wan Kenobi dan pergi ke hospital kanak-kanak di seluruh Amerika Syarikat, lalu mendapat gelaran Obi-Shawn.

Dia sebelum ini memiliki Honda Del Sol yang bertemakan Star Wars, namun membuat keputusan untuk membeli Nissan 350Z Cabriolet terpakai dengan perbatuan 96,560km.

Tambah Crosby banyak lagi perkara yang perlu ditambah pada kereta tersebut, dan ianya kini memilik perbatuan 199,558km.

Ruangan luaran Nissan 350Z ini disertakan dengan warna khas dari filem Star Wars. Bahagian belakangnya pula terdapat replika R2D2 dan satu set pendorong jet palsu.

Apa yang sangat menarik mengenai kereta ini ialah sebahagian besar bahagiannya diperbuat daripada bahan kitar semula yang murah. Namun, hasil akhir kereta ini agak menarik dan tidaklah begitu teruk.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here