Pemilik Tesla mengamuk, lompat atas Model 3 di Shanghai Auto Show

65464

Shanghai Auto Show menjadi ‘pentas’ bagi amukan seorang pemilik Model 3 yang marah dan menuduh Tesla memasang brek yang rosak pada EV miliknya.

Shanghai Auto Show

Wanita tersebut berkunjung ke gerai Tesla di Shanghai Auto Show dan bertindak naik ke atas sebuah Model 3. Dia turut memakai kemeja-T dengan tulisan ‘brek hilang kawalan’ dalam tulisan China ketika melakukan ‘aksi’ itu.



Tindakan wanita ini berjaya dirakam dan ianya mula viral di media sosial.

Shanghai Auto Show

Terkejut dengan amukan itu, pengawal keselamatan yang bertugas segera mengelilingi wanita tersebut dan menggunakan payung bagi menutup mesej yang cuba disampaikan olehnya.

Wanita tersebut bagaimanapun merampas payung tersebut dan membuangnya, sambil berteriak ‘brek Tesla hilang kawalan’, sebelum akhirnya diturunkan dari bumbung EV tersebut dan berjaya ditenangkan.

Menurut Tesla, wanita tersebut terkenal kerana berulang kali melakukan protes terhadap masalah brek Tesla. Sebelum kejadian tersebut, dia telah melakukan siaran langsung di Shanghai Auto Show sebelum sampai di booth Tesla.

Tesla juga menyatakan memujuk wanita tersebut untuk turun dari Model 3 berkenaan, dan apabila usaha mereka gagal, mereka membuat keputusan untuk meminta bantuan pengawal keselamatan.

Wanita tersebut mendakwa sistem brek pada Model 3 miliknya rosak dan hampir membunuh empat anggota keluarganya dalam satu kemalangan.

Walau bagaimanapun, Tesla menyatakan data pada Model 3 milik wanita itu menunujukkan sistem brek dan bantuan pemandu berfungsi dengan baik semasa kemalangan, dan kelajuan sebelum membrek adalah sekitar 120km/j.

Tambah Tesla, mereka telah menawarkan beberapa jalan penyelesaian dalam rundingan dengan pemiliknya, namun dia tetap berkeras untuk memulangkan EV tersebut.

Malah, Tesla juga mencadangkan supaya Model 3 tersebut diperiksa oleh pihak ketiga namun pemiliknya difahamkan menolak tawaran tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here