Polis perketat kebenaran rentas negeri, kelulusan Isnin hingga Khamis sahaja

1591

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil serius peningkatan kes-kes baharu Covid-19 sejak lima hari yang lalu.

polis rentas negeri

Dalam usaha untuk mengekang penularan pandemik ini, pihak polis telah memperketatkan pergerakan rentas negeri, dimana ianya hanya dibenarkan bagi tujuan pekerjaan, kecemasan, perubatan, pendidikan, pasangan jarak jauh dan kematian yang melibatkan ahli keluarga terdekat sahaja (ibu, bapa, anak dan adik beradik).



Menurut PDRM, pergerakan rentas negeri ini pula hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja, manakala pergerakan pada hujung minggu pula iaitu hari Jumaat hingga Ahad tidak akan diluluskan, walaupun bagi urusan kecemasan, kematian dan pasangan jarak jauh.

Pergerakan rentas negeri untuk tujuan sosial seperti menghadiri kenduri perkahwinan dan semua jenis jamuan adalah dilarang sama sekali. Aturan ini akan berterusan sehingga selepas hari raya Aidifitri, dan mana-mana pihak yang ingkar akan diambil tindakan tegas.

Berhubung dengan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dan pasar malam pula, semua ketua polis daerah dan pasukan pemantau SOP akan digerakkan ke lokasi berkenaan.

Sekiranya SOP didapati tidak dipatuhi, PDRM akan mengemukakan saranan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menghentikan aktiviti di kawasan tersebut.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here