Toyota Vios GR-Sport edisi khas dengan gaya aspirasi jentera lumba Gazoo Racing, RM97.5k

3359

Selain dari pengumuman ketibaan GR Yaris, UMW Toyota turut melancarkan Vios GR-Sport, satu edisi khas dengan gaya yang mengambil aspirasi jentera lumba Gazoo Racing.

Berasaskan Toyota Vios facelift, versi GR-Sport ini dibangunkan di negara kita. Dan ia bukan sekadar rupa semata-mata, Vios GR-Sport turut mendapat kelengkapan prestasi sebenar!



Antaranya adalah suspensi talaan GR-Sport, rim 17-inci hitam dengan tayar berprofil 205/45 dan transmisi CVT “10-kelajuan”. Ya, CVT tida mempunyai gear fizikal.

Tetapi berbanding Vios biasa dengan 7-kelajuan, transmisi pada Vios GR-Sport ditala agar mempunyai 10-kelajuan maya dan anda boleh ‘main’ sendiri dengan paddle-shifters pada sterengnya. Enjin masih sama, iaitu 1.5-liter yang berkuasa 107PS dan 140Nm tork.

Vios GR-Sport menampilkan aerokit agresif yang terdiri daripada bentuk bampar depan yang mirip GR Yaris, bampar belakang lengkap dengan diffuser, spoiler hitam di belakang serta skirting sisi dan cermin sisi yang juga dihitamkan.

Mood sporti diteruskan ke bahagian dalam, dengan balutan kulit hitam berserta jahitan merah, dan lencana GR Sport di bahagian seperti perehat kepala dan karpet.

Butang penghidup enjin juga diberikan logo GR, sementara panel meter Optitron datang dengan jarum merah. Paparan multi-maklumat pada skrin 4.2-inci juga datang dengan animasi GR.

Vios GR-Sport hanya didatangkan dalam dua warna: Platinum White Pearl dan Red Mica Metallic. Ia dijual pada harga RM97,500 (atas jalan tanpa insurans).

Ianya juga boleh didapati di cawangan-cawangan GR Garage, bermakna akan duduk sebaris dengan model GR lain seperti Supra dan Yaris.

Amacam? Boleh lawan City RS dan Almera Turbo? Perang segmen-B semakin hangat!

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here