Perlumbaan Gazoo Racing di litar lapangan terbang bawa aksi dan cabaran untuk pemandu

1890

Lapangan terbang dengan landasan pesawat mempunyai yang ditukar kepada medan aksi dan kelajuan untuk kereta ialah idea klasik yang terbukti berkesan pada perlumbaan Gazoo Racing.

Lihat sahaja litar Top Gear dan litar ujian Koenigsegg, kedua-duanya adalah bekas landasan kapal terbang.



Festival Toyota Gazoo Racing musim ketiga kembali lagi dan untuk pusingan kedua ini, acara Toyota Vios Challenge diadakan di litar baru yang juga bekas tapak lapangan terbang.

Litar itu sepanjang 1.96km dan merupakan antara terpanjang dan terpantas pernah dibina untuk siri perlumbaan ini.

 

Ia mempunyai 20 selekoh dan dua laluan lurus panjang sehingga 600 meter. Laluan lurus panjang ini bermakna kelajuan lebih tinggi dan ia juga bermakna lebih peluang untuk aksi perlumbaan.

Sporting Class

Dalam kategori amatur, rakan media kami iaitu Tom Goh dari Zerotohundred.com yang memandu untuk pasukan S&D Tama Motorsport telah merangkul kejuaraan pertamanya untuk siri perlumbaan ini.

Dia diikuti oleh Adam Khalid dari Crestmax Motorsport di tempat kedua dan pelumba berusia 15 tahun Hayden Haikal di tempat ketiga.

Perlumbaan dimulakan dengan pemandu 23 Motor, Mirza Syahmi Mahzan yang berada di tempat pertama.

“Selepas Mirza terlibat dalam kemalangan, saya dikira terus berlumba di depan. Saya walaubagaimanapun tetap berhati-hati kerana tahap cengkaman di litar adalah berbeza dari apa yang kami aturkan pada awalnya,” kata Tom.

Super Sporting Class

Perlumbaan profesional seperti dijangkakan, dimenangi oleh Tengku Djan dari 23 Motor yang juga memulakan perlumbaan dari petak depan.

Djan hanya menang 2 saat di depan Mark Darwin (Laser Motor Racing) dan diikuti oleh Freddie Ang (Telegamas).

Djan berkata, “Kereta saya terasa bagus sepanjang perlumbaan dan saya dapat mengekalkan rentak konsisten. Litar di Bandar Malaysia ini lebar dan membolehkan anda mengambil teknik berbeza untuk memasuki selekoh dan ini menjanjikan aksi perlumbaan lebih menarik.”

Perlumbaan di hari Sabtu itu berbeza kerana permukaan kering, berbeza dari sesi latihan dengan permukaan basah. Ia memberi cabaran kepada setup kenderaan.

Promotional Class

Untuk kelas perlumbaan selebriti pula, beat boxer Shawn Lee bermula di petak depan dan terus menjuarai perlumbaan 20 pusingan itu di depan pelakon Shukri Yahaya, diikuti pengacara Nabil Ahmad di tempat ketiga.

Shawn memandu tanpa gangguan kerana tiga pelumba teratas itu terpisah dari kelompok lain di belakang.

“Saya sangat sukakan litar ini. Ia mempunyai kelajuan tinggi,” kata Shawn.

Perlumbaan itu dijaga oleh kereta keselamatan di pusingan ke-10 apabila pelakon Syafiq Kyle terbabas melanggar dinding.

Pertarungan merebut kedudukan keenam dan ketujuh turut sengit antara penyanyi Wany Hasrita dan Nabila Razali. Ia kekal selama 16 pusingan sehingga Nabila berjaya memotong.

Race 2 bersambung pada hari Ahad dengan grid permulaan dimulakan terbalik.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here