Nabil Ahmad juarai Race 2 Toyota Vios Challenge

2809

Susulan dari Race 1 yang berlangsung pada hari Sabtu, Race 2 Toyota Vios Challenge pula seperti dijangkakan, memberikan aksi yang sukar diramal.

Promotional Class



Pengacara TV dan komedi Nabil Ahmad meluncur dari posisi keempat di grid permulaan untuk muncul juara Race 2 Toyota Vios Challenge, dengan penyanyi Khai Bahar dan Nabila Razali masing-masing mengekori di tempat kedua dan ketiga.

Nabil berkata, “Saya pernah memenangi perlumbaan sebelum ini, tetapi kemenangan kali ini adalah yang terbaik kerana ia diperoleh dengan kehadiran Shawn Lee dan Shukri Yahaya sebagai pesaing. Ia saat manis buat saya.”

Shawn Lee dan Shukri sebelum ini berada dalam Sporting Class di Musim 2 sebelum kembali ke Promotional Class untuk Musim 3 ini.

Ketua Pegawai Sukan Permotoran UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang tamat di tempat kelima pula berkata bahawa litar di Bandar Malaysia sangat pantas tetapi memberikan pengalaman memuaskan kepada semua pelumba siri ini.

Sporting Class

Aksi paling mantap untuk hari Ahad walaubagaimanapun jatuh kepada pertarungan tiga-penjuru untuk Sporting Class dimana Haji Sutan Mustaffa Salihin dari SMS Motorsports merampas kejuaraan di depan pelumba berusia 17 tahun Bradley Benedict Anthony (Dream Chaser) dan Dannies Ng.

Perlumbaan dimulakan dengan Sutan di depan, dan diasak oleh Bradley yang cuba mencari peluang memotong sepanjang 20 pusingan.

Terleka mengejar Sutan, Bradley hilang posisi kepada Dannies selama dua pusingan sebelum mendapat semula tempat kedua selepas Dannies tersalah gear.

Super Sporting Class

Di kelas pelumba profesional pula, pemandu Kegani Racing iaitu Kenny Lee memenangi perlumbaan Race 2 dengan mudah untuk menidakkan Tengku Djan Ley dari 23 Motor yang menang pada Race 1. Mark Darwin dari Laser Motor Racing tamat di tempat ketiga.

Kenny memulakan perlumbaan dengan baik untuk ke selekoh pertama dengan Syafiq Ali dari M7 Japan Project Team mengejar rapat. Tetapi Tengku Djan yang “mendaki” paling banyak, dari tempat keenam di grid naik ke tempat ketiga.

Perlumbaan walaubagaimanapun dijaga oleh kereta keselamatan berikutan insiden di selekoh ketiga melibatkan William Ho (Toyotsu Racing) dan Freddie Ang (Telagamas Toyota).

Untuk peminat dan pengunjung, festival Toyota Gazoo Racing terus menyediakan pelbagai aktiviti sesuai untuk seisi keluarga. Aktiviti sampingan ini termasuklah pameran kenderaan Toyota, sesi pandu uji, pertunjukan drift oleh pemandu profesional Jepun, konsert, cabaran perlumbaan simulator dan jualan.

Pengunjung juga dapat melihat sendiri Toyota GR Supra yang baru dilancarkan, dan ia dipamer bersama Toyota GR Supra versi TRD.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here