RFID di semua plaza tol PLUS Malaysia Bhd pada April 2020

2728

Selepas kecoh dengan rungutan pengguna akibat penutupan lorong tambah nilai, PLUS Malaysia Bhd. (PLUS) mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan pilihan perkhidmatan pembayaran menerusi TNG RFID.

Inisiatif ini membolehkan pengguna untuk mengaitkan tag TNG RFID masing-masing dengan akaun bank, kad kredit, kad debit, mahupun TNG e-wallet.



Untuk permulaan, perkhidmatan TNG RFID akan disediakan di 10 plaza tol sistem terbuka lebuh raya PLUS menjelang 1 Januari 2020 manakala perkhidmatan TNG RFID untuk kesemua 83 plaza tol sistem tertutup di lebuh raya PLUS akan tersedia menjelang 1 April 2020.

Plaza tol sistem terbuka adalah satu sistem di mana kadar tol adalah tetap kepada semua kelas kenderaan manakala plaza tol sistem tertutup bermakna kadar tol bersandarkan kelas kenderaan serta jarak perjalanan.

Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail berkata, mereka gembira apabila pilihan Pembayaran Terbuka dapat disediakan kepada pengguna lebuh raya bertol tidak lama lagi.

“PLUS Malaysia Bhd percaya dengan memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk membuat pembayaran adalah satu aspek penting dalam perjalanan mereka, maka inilah pertimbangan utama kami semasa bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami,” katanya dalam satu kenyataan bersama CIMB Group di sini hari ini.

Perkhidmatan TNG RFID disediakan oleh Touch ‘nGo Sdn. Bhd. yang merupakan anak syarikat CIMB Group.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata, mereka sangat gembira apabila dapat bekerjasama dengan PLUS.

“Demokrasi pembayaran tol adalah sesuatu yang kami juarai dan kami komited untuk bekerjasama dengan PLUS dan pemegang-pemegang konsesi lebuh raya lain untuk menjadikan Pembayaran Terbuka suatu reality kepada semua rakyat Malaysia.”

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here