Porsche tayang prototaip Porsche 911 Turbo serba baharu

2162

Telah hampir setahun sejak Porsche melancarkan 911 terbaharu generasi 992 dalam bentuk Carrera dan Carrera S. Tetapi hingga sekarang, belum ada versi lebih berkuasa. Pembangunannya sedang dijalankan, itu sudah pasti, dan Porsche nampaknya ingin mengingatkan kepada kita yang mereka akan melancarkan Porsche 911 Turbo tidak lama lagi.

Dalam satu siaran Instagram oleh Porsche Newsroom minggu ini, pengeluar dari Stuttgart itu menunjukkan beberapa prototaip 992 Porsche 911 Turbo dalam set tiga imej.



Gambar-gambar itu adalah dari pemanduan ujian di Nice, Perancis dan turut menampilkan Joerg Bergmeister posing di sebuah unit yang nampaknya merupakan 911 Turbo Cabriolet.

Terdapat banyak juga perincian mengenai 911 Turbo generasi 992 setakat ini. Ada laporan mengatakan bahawa ia akan tiba pada musim bunga pada tahun depan.

Dikatakan juga ia akan dikuasakan oleh enjin flat-six 3.8-liter twin-turbo yang boleh menghasilkan 641hp dan 799Nm tork. Tetapi angka-angka ini belum dipastikan.

Prestasi pecutan jentera ini adalah dari 0-96 km/j ialah 2.5 saat, sedikit lebih pantas dari versi yang ada sekarang. Kelajuan maksima pula adalah pada 329 km/j.

Seperti biasa, pacuan semua-roda adalah standard, begitu juga dengan transmisi automatik PDK 8-kelajuan yang akan menghantar kuasa dengan pantas. Dilaporkan juga 911 Turbo ini akan mendapat stereng roda-belakang dan Porsche Active Suspension Management.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here