Porsche 911 generasi ke-8 ialah model ikonik yang dipertingkat

2687

Porsche 911 2019 serba baharu telah dilancarkan hari ini oleh Sime Darby Auto Performance (SDAP) di Litar Antarabangsa Sepang.

Pada hujung minggu ini juga, perlumbaan Porsche Carrera Cup Asia (PCCA) akan berlangsung menyaksikan varian perlumbaan 911 ini iaitu 911 GT3 Cup berentap untuk pusingan ke 6, 7 dan 8.



Porsche 911 generasi ke-8 ini hadir di Malaysia dalam dua varian, iaitu 911 Carrera S (pacuan roda-belakang) pada RM1,150,000 dan 911 Carrera 4S (pacuan semua-roda) pada RM1,220,000.

Enjin

Ia dipacu oleh enjin generasi terbaharu 3.0-liter flat-six turbo dengan lebih kuasa dan tork dari sebelumnya, iaitu 30hp dan 30Nm lebih tinggi. Ini bermakna enjin ini menjana 450hp pada 6,500rpm dan 530Nm tork dari 2,300 hingga 5,000rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi PDK 8-kelajuan yang dibangunkan semula sepenuhnya dengan fungsi overdrive yang memberinya pemanduan lebih baik.

Dengan gabungan enjin dan transmisi ini, Porsche 911 terbaharu ini mempunyai pecutan 0 ke 100km/j dalam masa 3.7 saat (Carrera S) dan 3.6 saat (Carrera 4S). Kelajuan maksima pula adalah 308km/j untuk Carrera S dan 306km/j untuk Carrera 4S.

Rekabentuk luaran 911 ini menerima pembaharuan seperti rim 20-inci (depan) dan 21-inci (belakang) baharu, 45mm badan lebih lebar, lampu depan LED dengan DRL four-point yang direka semula, dan rekaan tepi yang licin dengan pembuka pintu yang akan keluar apabila diperlukan.

Bahagian belakang diperbaharui dengan komponen baharu seperti rekaan lampu belakang LED, spoiler, dan bar lampu melintang. Spoiler adalah 25% lebih lebar dan memanjang hingga hampir keseluruhan panjang lampu belakang.

Terdapat juga ruang kemasukan udara dengan gril menegak yang terletak di antara cermin belakang dengan spoilernya.

Varian Carrera S dan Carrera 4S dapat dibezakan dengan kemasan hitam di belakang (Carrera S), dan elemen krom di gril (Carrera 4S).

Di kabin pula, Porsche 911 2019 ini mengambil inspirasi rekaan kabin 911 generasi pertama iaitu rekaan melintang dan mengekalkan beberapa meter analog. Selebihnya adalah ciri digital moden dan terbaharu.

Instrumen di depan pemandu adalah meter rpm analog di tengah-tengah, dan diapit dua paparan digital 7-inci setiap satu.

Di konsol tengah pula ialah skrin sesentuh 10.9-inci dengan perisian Porsche Communication Management (PCM).

Porsche 911 ini mendapat fungsi terbaharu iaitu Wet Mode. Ia boleh diakses melalui butang di stereng dan akan melaraskan sistem-sistem kereta serta memberi amaran kepada pemandu apabila sistuasi memerlukan.

Satu lagi ciri baharu ialah Night Vision Assist dengan imej thermal (imej janaan suhu seperti tentera), di samping ciri lain seperti emergency braking berasaskan kamera, brake assist system, adaptive cruise control, stop-and-go, reversible occupant protection dan Emergency Assist.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here