LEGO Harley-Davidson Fat Boy ini paling sesuai letak atas meja pejabat anda

2254

Anda peminat LEGO dan Harley-Davidson? Jika ya, maka anda harus tunggu koleksi ini. Dalam siri Creator Expert terbaharu mereka, Lego telah mendedahkan model terkini iaitu Harley-Davidson Fat Boy.

Model dengan 1,023 biji bahagian Lego itu akan mula berada di semua cawangan Lego Store seluruh dunia pada 1 Ogos 2019 ini. Ia menampilkan elemen dan perincian yang menyerupai motosikal sebenar.



Ia mempunyai roda cakera solid, tangki minyak berbentuk teardrop, speedmeter, dan dua paip ekzos. Model Lego Harley-Davidson ini berukuran 20cm tinggi, 18cm lebar dan 33cm panjang.

Terdapat juga komponen-komponen berfungsi seperti omboh enjin yang akan bergerak apabila tayar belakangnya dipusing. Handle juga boleh dipusing, penukar gear boleh ditekan dan tuil brek boleh ditarik. Turunkan juga tongkat untuk meletak motosikal itu.

Model Harley-Davidson Fat Boy ini diberikan kemasan merah gelap dan hitam, iaitu skim warna Wicked Red. Kemasan lain adalah logo Harley-Davidson di kedua-dua belah tangki minyak.

Mike Psiaki, ketua rekabentuk LEGO Group berkata, “Model ini benar-benar mengambil rekabentuk ikonik, kejuruteraan maju dan perincian yang ada pada motosikal sebenar. Ia akan memberi pengalaman mendalam semasa membina model ini kepada peminat Harley-Davidson dan LEGO dari pelbagai peringkat umur.”

Menurut Brad Richards pula, iaitu presiden bahagian penggayaan dan rekabentuk Harley-Davidson, mereka meneliti setiap nut dan bolt pada motosikal itu, termasuk semua kemasan dan perincian kecil.

Untuk menyambut pelancaran itu, LEGO Master Builders membina model motosikal itu bersaiz sebenar, lengkap dengan bahagian bersadur perak, kawalan WiFi, bunyi dan lampu dari motosikal sebenar.

Model itu mengambil masa 865 jam untuk dibina, dan dibuat dari 69,569 bahagian LEGO dan akan dipamer di cawangan LEGO terpilih dan acara-acara Harley-Davidson.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here