Trump BOIKOT Harley Davidson

1586

Tester cuba mengendap jika terdapat motosikal keluaran terkini dari negara Uncle Sam, tapi lain kisah pula diketemukan dalam misi mengendap kali ini. Rupa-rupanya berlangsung konfrantasi hebat antara pengeluar motosikal kebanggaan Amerika Syarikat iaitu Harley-Davidson dengan Presiden Donald Trump.

Presiden Trump telah mengkritik keputusan syarikat tersebut untuk meningkatkan pengeluaran di luar negara sekaligus mencadangkan “Boikot”. Harley-Davidson terpaksa mengambil beberapa langkah ekonomi untuk menentang kadar yang tinggi seperti dikenakan oleh pentadbiran Presiden Trump.

Namun lain jadinya, Perkhidmatan Rahsia AS nampaknya seperti mengenepikan cadangan “Boikot” yang diusulkan oleh Presiden Trump terhadap Harley-Davidson. Maklumat dari bahagian “Di Rahsiakan” menegaskan motosikal polis adalah dari jenama Harley-Davidson.



Bahagian “Di Rahsiakan” mengarahkan pembelian motosikal Harley berdasarkan beberapa aspek. Konsisten, bentuk, prestasi, latihan, dan sebaris dengan armada motosikal yang ada sekarang.” motosikal baru ini akan berfungsi sebagai motosikal perlindungan serta mengiringi presiden.

Terdahulu, Presiden Trump mengenakan kadar ke atas bahan-bahan yang diimport. Semua negara termasuk Kesatuan Eropah dikenakan kadar ke atas barangan Amerika yang diimport, termasuk motosikal.

Langkah drastik dari Harley-Davidson ialah memindahkan sebahagian daripada pengeluaran untuk Eropah ke negara lain. Demi mengelakkan kenaikan harga motosikal yang melambung tinggi di Eropah.

Harley-Davidson , juga dikenali dengan singkatan H-D atau Harley, ialah sebuah pengeluar motosikal Amerika Syarikat. Ditubuhkan di Milwaukee, Wisconsin pada dekad pertama abad ke-20, ia merupakan salah satu daripada dua pengeluar motosikal terbesar di AS yang berjaya menempuh Kemelesetan Besar. Harley-Davidson juga mengharungi zaman kemerosotan kawalan mutu dan persaingan daripada syarikat motosikal Jepun.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here