Cub Prix – Md Syarifuddin enggan mengaku kalah

2618

Pelumba pasukan Idemitsu Kozi Yam Honda Racing Md Syarifuddin Azman, mengakui semakin mendapat rentak dan terus memberi cabaran sengit dalam perlumbaan kelas Wira KBS pada pusingan Ke-6 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Kangar, Perlis, minggu ini.

Selaku antara pelumba diharapkan membawa podium kepada pasukan, Md Syarifuddin mula mempamerkan aksi sebenar apabila meraih dua kemenangan berturut-turut pada pusingan ke-4 di Temerloh dan ke-5 di Teluk Intan selepas kecewa gagal menamatkan dua perlumbaan ketika pusingan awal tahun ini.



“Pada peringkat awal musim, kami masih mencari dan mencuba pelarasan baru yang ingin digunakan pada tahun ini. Namun malangnya kami gagal untuk menaiki podium dan saya sendiri gagal menamatkan perlumbaan.

“Namun selepas itu, hasil kerja keras semua, kami mula bangkit dan terus memperbaiki kesilapan yang ada. Sehingga akhirnya saya dapat menjuarai dua perlumbaan berturut-turut,” katanya.

cub prix

Mengulas tentang peluang mengejar kedudukan di cub prix keseluruhan dipegang pelumba SIC Junior Team AFB TECH Racing Md Danial Syahmi dengan 97 mata. Md Syarifuddin yang menghuni tangga keempat dengan 58 mata tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu.

“Perbezaan mata ketika ini agak jauh namun saya tidak mudah menyerah kalah kerana tidak mustahil untuk saya mengejar.

cub prix

“Cuma fokus saya berbeza dan hanya mahu memberi tumpuan untuk memenangi satu demi satu perlumbaan berbanding gelaran.” katanya.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here