Ibu tiga anak menang Y15ZR PETRONAS Sprinta Bonanza

2871

Seorang ibu tiga anak adalah pemenang terbaru peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza anjuran PETRONAS Lubricants Marketing Sdn Bhd (PLMMSB) bagi bulan Julai.

Pemenang edisi bulan Julai, Norasyikin Mohd Salleh berasal dari negeri Johor memasuki peraduan dengan pembelian pakej minyak pelincir serta T-shirt Sprinta dari khemah PETRONAS di kejohanan PETRONAS Cub Prix di Pontian, Johor pada bulan lalu.

Bersyukur dengan rezeki berkenaan, beliau memaklumkan bahawa suaminya memang sudah berhasrat untuk membeli motosikal model Yamaha Y15ZR dalam masa terdekat.



Namun, panggilan kemenangan beliau dari pihak PLMMSB memang cukup mengujakan dan sekali gus membatalkan niat suami untuk membeli motosikal itu.

Bagi menerima hadiah itu, dia bersama keluarga berkunjung ke acara PETRONAS Cub Prix pusingan keenam di litar Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu untuk majlis penyampaian hadiah kemenangan motosikal berkenaan. Hadiah itu disampaikan oleh Pengurus Besar PETRONAS Wilayah Timur, Datuk Wan Mohd Hasnan Abdullah.

Masih terdapat dua buah Yamaha Y15ZR  untuk dimenangi sehingga tamat tempoh peraduan pada 30 September nanti.

Hadiah kedua, YAMAHA R25 dan utama iaitu YAMAHA R6 yang mana ia akan disampaikan di acara bersempena MotoGP pada November nanti oleh pelumba-pelumba pasukan PETRONAS YAMAHA SRT iaitu Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli.

Maklumat lanjut peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza boleh didapati di laman sosial Facebook PETRONAS Sprinta Malaysia dan Instagram @petronas_sprintamy.

Berikut ialah senarai pemenang motosikal YAMAHA Y15ZR setakat ini :-

  • Julai : Norasyikin binti Mohd Salleh
  • Jun : Ahmad Shafiq bin Ahmad Sharifudin
  • Mei : Muhamad Faez bin Aju
  • April : Mohd Arif bin Mohmad Yasin
  • Mac : Sahrulnaim bin Sahrahan

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here