Tengku Amirul Juara CP115 2018

3210

Tengku Amirul Haffirudin meraih gelaran juara keseluruhan dengan bergaya pada perlumbaan akhir pusingan kelapan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Ia merupakan kemenangan ketujuh daripada lapan perlumbaan buat Tengku Amirul yang merupakan pelumba Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing itu.

Tengku Amirul berjaya mengumpul 188 mata keseluruhan, 72 mata mengatasi Md Fareez Afeez yang merupakan rakan sepasukannya. Md Fareez Afeez berjaya mengumpul 116 mata dengan perlumbaan hanya berbaki dua pusingan sahaja lagi.



Tengku Amirul yang bermula dari petak ketujuh menamatkan 15 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 13’58.786s dalam aksi perlumbaan akhir itu.

Dia berjaya mengatasi Md Fareez dengan kelebihan 0.326s. Manakala Md Haziq Md Fairues, pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor berada di tempat ketiga dengan masa 13’59.363s.

“Pada asalnya, saya hanya cuba untuk mengutip mata kerana hanya memerlukan lapan mata untuk mengesahkan gelaran,” jelas Tengku Amirul.

“Namun selepas insiden melibatkan pelumba kelompok hadapan, saya berjaya merapatkan kedudukan dengan pelumba di hadapan. Menyedari ada peluang untuk menamatkan saingan di atas podium, saya mencari ruang untuk memintas dan memenangi perlumbaan.”

“Tahun ini sangat istimewa kepada saya kerana akhirnya berjaya memegang gelaran CP115 selepas beberapa tahun mencuba. Selepas ini saya berhasrat untuk bersaing dalam kelas CP150 jika diberikan peluang oleh pasukan pada musim depan.” Tambahnya lagi.

Selain gelaran individu, pasukan Motul Zeneos Yamaha YY Pang turut berjaya meraih gelaran sebagai juara keseluruhan berpasukan kategori CP115 dengan mengumpul 304 mata.

Sementara itu, pendahulu CP150, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing) terpaksa menunggu pusingan akan datang untuk mengesahkan gelaran keseluruhan.

Ini kerana dia menamatkan saingan di tempat kedua di belakang pencabar utama. Kasma Daniel Kasmayuddin selaku pencabar utama yang menjuarai perlumbaan dengan masa keseluruhan 17’25.990s.

Afif yang turut menerima tentangan sengit daripada Md Akid Aziz yang merupakan rakan sepasukan Kasma, menamatkan 20 pusingan perlumbaan dengan masa 17’27.456s. Manakala Akid ketiga dengan catatan masa 17’27.990s.

Afif kini mengatasi 44 mata ke atas Kasma dengan mengumpul 180 mata manakala Kasma di kedudukan kedua dengan 136 mata. Afif hanya perlu menamatkan saingan di kelompok 10 pelumba terbaik untuk mengesahkan gelaran pada pusingan kesembilan yang akan berlangsung di Jempol, Negeri Sembilan pertengahan November depan.

Dalam saingan WIRA KBS, Md Syarifuddin Azman berjaya meraih kemenangan kelima berturut-turut pada musim ini. Hal ini sekaligus  menjadikan dia berjaya muncul sebagai pendahulu keseluruhan dengan mengumpul 133 mata.

Pelumba Idemitsu Kozi Yam Honda Racing itu berjaya menamatkan 12 pusingan perlumbaan dengan masa keseluruhan 11’14.467s menewaskan pencabar utama, Md Danial Syahmi (SIC Junior Team AFB TECH Racing).

Md Danial Syahmi berikan saingan sengit sepanjang perlumbaan sebelum akur di kedudukan kedua dengan masa 11’17.241s. Manakala Md Faiz Zekri Sabri (ONEXOX Racing Team) muncul pemenang tempat ketiga dengan masa 11:29.365s.

Md Danial yang tidak beraksi pada pusingan lepas turun ke tangga kedua dengan turut mengumpul 133 mata. Namun dibezakan dengan jumlah kemenangan milik Md Syarifuddin.

Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) yang merupakan pelumba PETRONAS Sprinta YAMAHA pula menyandang tempat ketiga kerana gagal menamatkan perlumbaan dengan mengumpul 112 mata.

KEPUTUSAN PUSINGAN 8

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:25.990s

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 17:27.465s

3 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:27.688s

4 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 17:34.232s

5 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 17:38.441s

Kedudukan Keseluruhan

1 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 180

2 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 136

3 Md Hafiz Nor Azman (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 116

4 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 89

5 Md Hafiza Rofa (TRG) ONEXOX TKKR Racing Team 58 

CP115

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:58.786s

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 13:59.112s

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 13:59.363s

4 Md Syafiq Rosli (PRK) ELF Koyoko Honda KC Racing 13:59.928s

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 14:10.597s

Kedudukan Keseluruhan

1 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 188

2 Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 116

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 108

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 93

5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing 92

WIRA KBS

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 11:14.467s

2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:17.241s

3 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 11:29.365s

4 Daniel El Fahim (PNG) SIC Junior Team AFB TECH Racing 11:42.892s

5 Md Syahmi Md Anuar (NSN) 11:42.981s

Kedudukan Keseluruhan

1 Md Syarifuddin Azman (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 133

2 Md Danial Syahmi (PRK) SIC Junior Team AFB TECH Racing 133

3 Md Alif Ashraf Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta YAMAHA 112

4 Md Fadlyshah Redzuan (SGR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing 73

5 Md Faiz Zekri Sabri (PNG) ONEXOX Racing Team 6

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here