Kia K900 dan Stinger dengan tayar “gergasi” dipamer di SEMA

1314

Kia nampaknya sudah bersedia untuk mempamerkan dua kereta sedannya yang diubah suai diacara tahunan SEMAK900 dan Stinger yang diubah suai bakal ditonjolkan kepada orang awam diacara itu nanti.

Stinger bukan sahaja berikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan malah ia juga hadir dengan rupa dan prestasi yang diperbaiki.

Bahagian dalam Kia Stinger
Bahagian dalam Kia Stinger

Stinger yang dipamerkan khas untuk SEMA ini hadir dengan tayar 22-inci berwarna hitam. Manakala bahagian kabinnya pula dihiasi dengan warna merah terang.



Dari segi prestasinya pula, Stinger dinaik taraf dengan ekzos yang baru, air intake, dan suspensi udara yang boleh dilaras.

Manakala untuk K900 pula, jentera ini hadir dengan warna biru pada bahagian luarannya diikuti kemasan yang juga berwarna biru pada bahagian kabinnya.

Jentera ini hadir dengan tayar yang berukuran 24-inci dan pemanduannya yang lancar disebabkan tambahan sistem suspensi udara.

Kedua jentera hebat ini memang patut dapat perhatian diacara itu nanti. Kia mempunyai potensi yang besar untuk menjadi jenama hebat dengan adanya Stinger yang telah diubah suai mahupun dalam reka bentuk asalnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here