Utama Berita Automotif Kia Morning (Picanto) 2027 dilancar di Korea, tinggal kenangan di Malaysia

Kia Morning (Picanto) 2027 dilancar di Korea, tinggal kenangan di Malaysia

6

Jika ada yang mempertikaikan kenapa sesebuah kereta begitu lama di pasaran, Kia Picanto atau Morning mungkin patut disenaraikan.

Picanto atau Morning generasi ketiga diperkenalkan pada tahun 2017 dan masih dijual sehingga kini.

Seperti dua model sebelum itu, Picanto generasi ketiga pernah dipasarkan di dalam negara sebelum dihentikan sepenuhnya.

Berbanding Perodua Myvi, Picanto adalah pesaing kepada Perodua Axia.

Lama di pasaran, Kia tidak membiarkan Morning begitu sahaja dan sudah dua kali menjalani program facelift.

Versi 2023 tampil membawa perubahan reka bentuk yang ketara dan selari dengan model terbaharu Kia yang lain.

Terbaharu, Kia melancarkan Morning 2027 untuk pasaran Korea Selatan dengan penambahbaikan melibatkan aspek keselamatan, kemudahan dan kemasan dalaman.

Morning 2027 dipertingkat dengan memberi fokus kepada spesifikasi yang paling digemari pelanggan.

Model ini menawarkan daya saing lebih baik berdasarkan kelebihan utama sebuah kereta kompak dari segi penggunaan bahan api dan kos pemilikan.

Tambahan ciri keselamatan dan kemudahan

Kia meningkatkan daya tarikan keseluruhan Morning menerusi penambahan beberapa ciri yang menjadi pilihan pelanggan sebagai kelengkapan standard.

Semua varian Morning 2027 termasuk model van kini menerima lampu peta LED sebagai ciri standard bagi meningkatkan pencahayaan kabin.

Bagi model penumpang enjin petrol 1.0 liter, Kia turut menjadikan beg udara lutut pemandu sebagai ciri standard untuk semua varian bagi meningkatkan tahap keselamatan.

Kluster digital baharu dan warna dalaman Ice Green

Varian Signature kini didatangkan secara standard dengan kluster instrumen bersaiz 10.25 inci.

Kia turut memperkenalkan warna dalaman baharu dikenali sebagai Ice Green yang menggunakan kemasan hijau cerah pada beberapa bahagian kabin termasuk tempat duduk.

Menurut Kia, kemasan itu membantu meningkatkan lagi rasa premium dalam ruang dalaman Morning.

Rangkaian kuasa

Morning menggunakan enjin petrol 1.0 liter dan dipadankan bersama kotak gear automatik empat kelajuan.

Enjin ini menghasilkan kuasa maksimum 76ps pada 6,200rpm dan tork maksimum 95Nm pada 3,750 rpm.

Dari segi penggunaan bahan api, Morning merekodkan angka gabungan 14.7 km/l dengan bacaan 13.5 km/l bagi pemanduan bandar dan 16.3 km/l untuk lebuh raya.

Angka tersebut terpakai untuk model penumpang 1.0 petrol dengan rim 14 inci dan 16 inci, termasuk varian van dua tempat duduk.

Harga Kia Morning 2027 Korea Selatan

Model penumpang 1.0 petrol

  • Trendy: 14.21 juta won (RM37,338)
  • Prestige: 16.01 juta won (RM42,067)
  • Signature: 18.16 juta won (RM47,716)
  • GT Line: 19.11 juta won (RM50,212)

Model van 1.0 petrol

  • Trendy: 13.86 juta won (RM36,418)

  • Prestige: 14.51 juta won (RM38,126)

Spesifikasi Kia Morning 2027 Korea Selatan

  • Enjin: 1.0L petrol 3 silinder
  • Kuasa maksimum: 76ps@6,200rpm
  • Tork maksimum: 95Nm@3,750rpm
  • Dimensi: 3,595 mm panjang, 1,595 mm lebar, 1,485 mm tinggi
  • Jarak roda: 2,400 mm
  • Saiz tayar: 175/65R14 atau 195/45R16

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here