Olskool Mega Gathering Reborn – Kelahiran semula jiwa evergreen

1070

Setelah 10 edisi selama 10 tahun bergerak secara sendiri, Olskool Mega Gathering atau OMG  kembali tahun ini dengan kumpulan penaja untuk lebih memantapkan lagi acara.

Dianjurkan oleh Olskool.my pada Sabtu lepas (9 November 2019) di Mydin Bukit Mertajam, Pulau Pinang, OMG kali ini menambah nama Reborn padanya sebagai satu revolusi dalam sejarah penganjuran.

OMG Reborn 2019 ini juga buat kali pertama menjemput kelab-kelab motosikal retro dan kumpulan live busking untuk turut memeriahkan dan memberikan lebih feel.

Sebanyak 360 penyertaan kenderaan direkodkan dengan kehadiran pengunjung mencecah 2,000 orang.

Selain itu, penyertaan kali ini lebih bermakna dengan kehadiran 20 buah kenderaan dari Retro Thailand Team. Penyertaan mereka kali ini adalah tertinggi pernah dicatat dalam sejarah penganjuran OMG.

Jemputan lain yang turut memeriahkan OMG Reborn 2019 adalah Utara RD Empire, Moto Buruk Garage, dan VW Trush Garage.

Selain itu, 4 pengunjung dan peserta pulang tersenyum lebar memenangi hadiah-hadiah lumayan dari penaja:

  1. 2x helai kemeja-T dari T-shirt Malaya
    Pemenang: Minmie Ferio (Hatyai, Thailand)
  2. Pakej wrap penuh bernilai RM1,999 dari Zokusha Stickers & Pendekar Wrap
    Pemenang: Tiwakorn Niyomwit (Bangkok, Thailand)
  3. Rim Raxer Wheels dari Atara Racing
    Pemenang: Muhammad Hakimi (Ipoh, Perak)
  4. Toyota Starlet KP61
    Pemenang: Ahmad Amirul Asyraff (Batang Kali, Selangor)

Jutaan penghargaan kepada peneraju utama penganjuran olskool mega gathering, Olskool.my yang turut dibantu oleh Penang Olskool Family serta semua wakil-wakil media dan perserta yang terlibat.

Tidak lupa juga kepada penaja yang memberi sokongan dan menjayakan OMG Reborn: TheTwoBrothers, Retro Auto Parts, Atara Racing, 43 Garage, Zokusha Stickers, Pendekar Wrap, Segamat Oldskool Scene dan Backstreet Garage.

Syabas kepada semua yang terlibat, semoga acara tahun depan kembali dengan lebih besar dan meriah!

Info dan foto: Raziman Sipico

Komen anda mungkin membantu