Utama Berita Automotif Pengasas muzium koleksi motosikal terbesar meninggal dunia pada usia 85 tahun

Pengasas muzium koleksi motosikal terbesar meninggal dunia pada usia 85 tahun

7

George W. Barber Jr., pengasas dan penggerak utama di sebalik Barber Vintage Motorsports Museum, telah meninggal dunia pada usia 85 tahun.

Barber Vintage Motorsports Museum yang terletak di Birmingham, Alabama itu menempatkan koleksi motosikal terbesar di dunia.

Terdapat lebih daripada 1,800 buah motosikal klasik dan moden dipamerkan termasuklah koleksi motosikal produksi seawal tahun 1904.

Kisah di sebalik penubuhan muzium ini cukup menarik untuk dibaca.

Menurut laman Cycle World yang pernah menemubual mendiang beberapa tahun lalu, minat George Barber pada awalnya lebih tertumpu kepada kereta sports.

Beliau pada ketika itu mewarisi perniagaan susu keluarga yang lengkap dengan bengkel penyelenggaraan lori penghantaran yang dikendalikan oleh mekanik profesional.

Namun selepas menghantar beberapa kereta klasik untuk dipulihkan semula, ada satu perkara yang mengganggu fikiran George Barber.

“Bila kereta-kereta itu siap dan saya menelitinya, saya rasa kecewa. Bahagian paling menarik semuanya tersembunyi di bawah kepingan logam. Saya boleh saja pamerkan kereta dengan panel dibuka, tapi kemudian saya terfikir — motosikal secara semula jadi mendedahkan bahagian mekanikalnya.”

Daripada situlah lahirnya idea untuk menubuhkan muzium koleksi terbaik di dunia.

Selain muzium, kawasan itu turut menempatkan sebuah litar perlumbaan yang pernah menganjurkan perlumbaan berprestij termasuklah:

  • 24 Hours of Lemons
  • IndyCar Series
  • MotoAmerica
  • National Auto Sport Association
  • SCCA Super Tour
  • GT Worild Challenge America
  • Formula Series

Difahamkan, litar tersebut telah ditempah oleh pengguna berbayar hampir 300 hari setiap tahun.

Malah George Barber sendiri telah memastikan pembiayaan muzium itu terus berjalan untuk tempoh 100 tahun akan datang.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here