Tawaran istimewa Peugeot 3008 dan 5008 SUV Plus

1978

Peugeot 3008 dan 5008 telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia. Dan jika anda sedang mencari-cari SUV 5-tempat duduk atau 7-tempat duduk yang bergaya, maka Nasim Sdn Bhd ada tawaran sangat menarik untuk anda.

Terhad sehingga 31 Disember, mereka sedang menawarkan sehingga RM10,000 tambahan untuk nilai kenderaan pelanggan yang sekarang untuk trade-in dan memandu pulang dua jentera itu.



Tambahan itu, mereka yang membeli Peugeot 3008 atau 5008 SUV Plus akan menikmati servis percuma 3-tahun termasuk alat ganti dan upah.

Terdapat juga pembiayaan istimewa disediakan oleh Affin Bank yang membolehkan pelanggan memiliki SUV-SUV ini dari serendah RM1,300 sebulan!

Peugeot 3008 dan 5008 dipacu oleh enjin yang sama, iaitu 1.6-liter Twin Scroll Turbo High Pressure (THP) dengan 167PS dan 240Nm tork. Kedua-dua model juga menampilkan rekaan Peugeot i-Cockpit yang futuristik dan minimalis.

Peugeot 3008 SUV menerima anugerah Car of the Year 2017 di Geneva, menjadikannya Peugeot kelima memenangi anugerah itu dan SUV pertama diberi penghormatan merangkul COTY.

Peugeot 5008 juga tidak kurang popularnya, memenangi pelbagai anugerah kerana ruang dalamannya yang luas dan rekaan bergaya.

Semua model Peugeot hadir dengan jaminan 5-Years Peace Of Mind Warranty atau 120,000km (yang mana dahulu) berserta servis 24-hour Peugeot Assistance, akses khas ke Peugeot Lounge di Lapangan Terbang Subang dan keahlian Peugeot Privilege.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here