PLUS tutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go

1664

Bagi membantu melancarkan perjalanan pelanggan di plaza tol ketika keluar dari lebuh raya, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) PLUS tutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go di semua lorong keluar di plaza tol di lebuh raya seliaannya mulai 5 November 2019.

Tujuan 

Langkah ini juga merupakan pendekatan yang diambil untuk mengurangkan kesesakan yang disebabkan oleh urusan tambah nilai di lorong tol di semua plaza tol di Wilayah Utara (melibatkan laluan Hutan Kampung – Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (di antara Seremban dan Skudai).



Walau bagaimanapun, Pusat Khidmat Pelanggan di sesetengah plaza tol dan Lorong Tambah Nilai di Lorong Masuk di plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa. 

Menurut rekod PLUS, sebanyak 8 peratus daripada 253,000 purata trafik harian di wilayah utara dan 9 peratus daripada 189,000 purata trafik harian di wilayah selatan tidak mempunyai baki yang mencukupi untuk melaksanakan transaksi tol di lorong keluar. Ini menyebabkan perjalanan pelanggan yang lain sering terganggu kerana setiap transaksi tambah nilai akibat baki rendah boleh mengambil masa sehingga 3 minit untuk setiap kenderaan.

Langkah PLUS tutup perkhidmatan tambah nilai Touch ‘n Go juga bertujuan untuk meningkatkan keselamatan pembantu perkhidmatan pelanggan PLUS kerana kemalangan melibatkan kenderaan berat merempuh pondok tol kerap berlaku sejak kebelakangan ini. 

Justeru, pelanggan PLUS dinasihatkan supaya merancang perjalanan mereka dan memastikan bahawa kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya. PLUS bersama Touch ‘n Go Sdn Bhd akan memastikan semua kiosk tambah nilai Touch ‘n Go berada dalam keadaan yang baik pada setiap masa.

Pada ketika ini, terdapat lebih daripada 11,000 pusat tambah nilai yang disediakan oleh Touch ‘n Go di seluruh negara termasuk mesin ATM, stesen minyak, kedai serbaneka, kawasan rehat dan rawat dan pusat beli-belah.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here