Pameran istimewa Honda di SEMA2019 sempena 60 tahun di AS

1475

Tahun ini menandakan pencapaian penting bagi Honda kerana pengeluar kereta dari Jepun itu akan mempamerkan model istimewa Honda di SEMA2019 bagi meraikan tahun ke-60 menjalankan perniagaan di Amerika Syarikat. Untuk pameran istimewa Honda di SEMA2019 itu, Honda mengimbas semula model keluarannya  dan merancang untuk membawa beberapa produk yang menarik pada pameran itu.

CR-V

Untuk aspek kenderaan moden, dua model Honda CR-V 2020 akan dipamerkan. Kedua-duanya datang dari Jsport Performance Accessories, dan salah satunya ialah model CR-V Hybrid yang baru. Kedua-duanya sangat menarik dengan disertakan lift kitt 1.5-inci, roda off-road dan tayar serba guna. 



Ridgeline

Honda juga akan memaparkan sebuah Honda Ridgeline yang dihiasi dengan produk Honda Factory Performance dan Rally Passport

Civic Si 1999

Pada masa sama, Honda akan memaparkan Civic Si 1999 di pameran SEMA, yang memenangi Cabaran Civic Si pada tahun 2000. Kereta itu kelihatan sangat baik dari setiap aspek dan tampak seperti sebuah kereta yang diubah suai dalam aplikasi permainan Need For Speed yang sangat popular suatu ketika dahulu.

N600

Selain itu, Honda N600 akan dipamerkan selepas ia memenangi siri Honda Super Tuner Legends, sebahagian daripada Siri Hot Wheels Legends. Jentera ini sebenarnya dikuasakan oleh enjin motosikal Honda 800cc V4.

S800

S800 juga akan hadir dengan enjin asal yang dibina semula, tetapi banyak pengubahsuaian telah dilakukan.

Chevy 1961

Walaupun tidak baru, Honda akan mempamerkan trak pikap Chevy 1961 yang sama sekali telah dibangunkan semula. Apabila pembuat kereta Jepun itu tiba di AS, ia menggunakan trak ini sebagai kenderaan penghantaran motosikal.

Civic SI

Akhir sekali ialah sebuah jentera Honda Civic SI yang dibina berkonsepkan kereta drift. Pameran istimewa Honda di SEMA2019 bermula minggu depan pada 5 November.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here