Honda N600 1972 dengan enjin motosikal

1709

Honda telah bekerjasama dengan siri pameran kereta Hot Wheels Legends untuk mengubahsuai sebuah Honda N600 1972 untuk muncul pemenang pada kejuaraan Series Super Tuner Legends Honda. Mereka akan pergi ke pameran SEMA untuk mempamerkan jentera itu. 

Enjin jentera ini telah ditukar dan diubahsuai kepada enjin 800-cc V4 dari Honda VFR 800 yang berupaya menguasakan 100hp. Dua kali ganda kuasa, 12,000 rpm enjin ini adalah 3,000 rpm lebih tinggi dari enjin N600 yang asal.



Jentera ini juga telah disertakan dengan pacuan roda belakang. Honda menyatakan bahawa sisitem penggantungan N600 telah digantikan dengan komponen Mazda Miata. Walaubagaimanapun, kereta ini mungkin sukar untuk dikendalikan, memandangkan berat N600 adalah 590kg.

Perubahan sistem powertrain mungkin dikaburi dan tersembunyi oleh pandangan pada badan kereta yang bersih dan berkelas. Di antara beberapa penambahan utama adalah fender berwarna yang telah dipotong untuk mengikuti garisan asal kereta.

Honda N600 1972 juga mempunyai bampar yang diubah suai dari 1967-1968 Chevy Camaro dan roda timeless Minilite-style bewarna hitam hitam. Trim krom telah dicat sama warna seperti badan atau warna hitam, seperti cermin sisi.

Ia merupakan reka bentuk yang mudah dan menarik, dan yang pasti akan membuatkan orang terkejut dengan kehadirannya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here