Volkswagen ID.3: Pengeluaran bermula di Zwickau

1656

Volkswagen telah memulakan pengeluaran Volkswagen ID.3 di Zwickau, Jerman. Satu pasukan pekerja yang terlatih diberi tugas untuk membina hatchback elektrik ini. Ia kini menggunakan komponen seperti motor elektrik, sistem bateri dan komponen lain yang dibuat di Brunswick, Kassel, Salzgitter dan Wolfsburg.

Kilang Zwickau akan menghasilkan kira-kira 100,000 kereta zero-emission pada tahun depan, dan pada 2021, sehingga 330,000 EV akan siap dipasang, menjadikan enam kenderaan dibina di atas platform MEB. Dijangka ia akan menelan pelaburan berjumlah € 1.2 bilion (RM5.5 bilion).



“ID.3 adalah sebuah kereta berteknologi tinggi yang menggunakan kira-kira 1,700 robot. Ia turut menggunakan sistem pengangkutan tanpa pemandu dan proses pembuatan automatik sepenuhnya, Zwickau adalah kilang pengeluaran kenderaan elektrik masa hadapan, “kata Ahli Lembaga Pengarah VW Brand untuk E-Mobility, Thomas Ulbrich.

“Pekerja kami adalah kunci kejayaan dan pasukan di Saxony menguasai fasa penukaran dalam tempoh dua tahun,”.

Volkswagen akan melancarkan ID3 di pasaran seluruh Eropah pada musim panas akan datang, dengan harga bermula di bawah € 30,000 (RM138537) di Jerman. Setakat ini, lebih daripada 35,000 pelanggan di pasaran antarabangsa telah menyatakan minat mereka terhadap jentera ini dan sudah membayar deposit yang boleh dikembalikan.

Ia menggunakan bateri 45 kWh, ia memberikan Volkswagen ID.3 jarak perjalanan sejauh 330km. Bagi model 58 kWh pula mampu dipandu sejauh 420km dan akhirnya varian 77 kWh spesifikasi tertinggi mampu memberikan perjalanan sejauh 550km dengan kapasiti bateri yang penuh.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here