Shell Helix HX8 0W 20 kini dengan harga lebih berpatutan

2280
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd telah melancarkan minyak enjin kelikatan rendah Shell Helix HX8 0W 20 yang memenuhi keperluan hampir semua enjin kereta penumpang moden pada hari ini. Kini semua pemilik kereta mampu menikmati minyak enjin sintetik sepenuhnya yang premium dengan harga berpatutan.
Shell Helix HX8 0W 20 baharu ini merupakan pilihan yang lebih bijak bagi mereka yang ingin menikmati jarak perbatuan yang lebih serta segala kebaikan minyak enjin sintetik sepenuhnya yang tulen dari Shell.

Shell Helix HX8 0W 20 baharu menjanjikan prestasi maksimum, penjimatan bahan api dan perlindungan enjin yang lebih baik apabila dihidupkan dalam keadaan sejuk.  Dengan Teknologi Flexi Molecule, Shell Helix HX8 melindungi enjin menerusi penyesuaian dengan cara dan keadaan pemanduan.

Minyak pelincir baharu ini boleh didapati pada harga RM199 bagi pek 4 liter dan RM53.90 bagi pek satu liter di bengkel-bengkel berjenama Shell Helix dan cawangan stesen minyak Shell yang mengambil bahagian. Para pengguna dinasihatkan supaya membuat pembelian dari cawangan-cawangan ini dan memastikan adanya label ‘Untuk Pasaran Malaysia’ untuk memastikan ketulenan produk.

Produk ini diperkenalkan selepas dua lagi varian Shell Helix HX8 berada di pasaran, iaitu 5W 40 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM165 bagi pek 4 liter) dan 5W 30 (Harga Runcit yang Disyorkan: RM180 bagi pek 4 liter). Ketiga-tiga produk tulen Shell Helix HX8 ‘Untuk Pasaran Malaysia’ ini kini didatangkan dengan label ‘skyline’ baharu yang menarik.

Sempena pelancaran tersebut, Shell Malaysia menawarkan potongan sebanyak RM25 bagi mana-mana varian Shell Helix HX8 apabila pelanggan mendaftarkan pembelian tersebut di program kesetiaan pelanggan Shell Advantage and Rewards (SHARE). Promosi ini sah dari 1 Oktober hingga 30 November 2019.
 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here