Utama Berita Automotif Tiada lesen, dua warga China ditahan selepas enggan beri kerjasamasa selama 2-jam

Tiada lesen, dua warga China ditahan selepas enggan beri kerjasamasa selama 2-jam

5
Cubaan mengelak daripada memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa selama hampir dua jam akhirnya membawa padah apabila dua warganegara China ditahan dalam Ops Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Kulim bersama Jabatan Imigresen Malaysia, pada Jumaat lalu.
 
Menurut kenyataan pada Ahad, pasukan penguatkuasa JPJ Cawangan Kulim mengesan sebuah Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan pada operasi yang dijalankan sekitar Sungai Karangan, jam 11.15 pagi itu. 
 
“Pemeriksaan mendapati kenderaan tersebut dinaiki seorang pemandu dan seorang penumpang, kedua-duanya warganegara China.
 

“Pemandu gagal mengemukakan lesen memandu serta dokumen berkaitan apabila diminta. Bahkan, individu terbabit didapati enggan memberikan kerjasama selama hampir dua jam sepanjang proses pemeriksaan dan tindakan lanjut,” menurut kenyataan.

Kedua-duanya kemudian diiringi ke JPJ Cawangan Kulim sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan lanjut.
 
Dalam tindakan sama, saman turut dikeluarkan manakala Perodua Myvi berkenaan disita bagi tujuan siasatan.
 
“JPJ Cawangan Kulim menegaskan operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa akan terus dipergiatkan bagi memastikan undang-undang dipatuhi serta keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terjamin,” ujarnya. 
 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here