
Kuota asas Budi RON95 Madani (BUDI95) bagi warganegara Malaysia dikembalikan semula kepada 300 liter sebulan bermula 1 September.
Ia merupakan salah satu daripada enam ikhtiar yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan Tahun 2026.
“Belanjawan 2027 akan dibentangkan tidak lama lagi, tetapi biasanya saya akan jawab tunggu belanjawan. Tetapi nampak rakyat tidak mahu sabar dan tidak mahu menunggu kerana mereka katakan kepada menteri-menteri serta disampaikan kepada saya.
“Tekanan sara hidup tak tunggu bulan Oktober, perniagaan perlu berkembang sekarang tak boleh tunggu bulan Oktober, maka di bulan Oktober ini saya terpaksalah ikhtiar mencari jalan dan mengambil langkah yang boleh melegakan sementara.
“Ini untuk anak-anak sekolah, untuk anak muda, suri rumah dan ibu-ibu,” katanya pada Ahad
Anwar berkata, lebih 16 juta pengguna bakal menikmati RON95 bersubsidi sehingga 300 liter sebulan, manakala lebih setengah juta pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip yang layak akan menikmati BUDI Diesel sehingga 400 liter sebulan.































