Lima tahun kerja keras Riena HotFM akhirnya mampu beli kereta pertama Mazda CX-5

2081

Menerusi satu perkongsian penyampai radio HotFM dan pelakon Riena atau Nur Qamarina Diana Zulreal berkongsi kegembiraan dapat memiliki kereta pertama pada ulang tahun kelahiran ke-24.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Riena Diana (@rienadiana_)

“Belanja sikit hadiah birthday i haritu! Alhamdulillah at my age of 24, i dapat unlock 1 more achievement in my life,” tulisnya pada ruangan kapsyen.



Riena yang menyimpan angan-angan untuk memiliki kereta sejak lima tahun lalu pernah cuba momohon pinjaman kereta tetapi tidak berjaya walaupun sebuah Perodua Myvi.

Namun, akhirnya usaha dan kerja kerasnya selama ini membuahkan hasil apabila dia berjaya memiliki sebuah kereta jenama Mazda CX-5 yang bernilai RM132,000.

Dia juga berkongsi pengalamannya meminjam kereta bapa saudaranya untuk kegunaan harian sejak awal pembabitannya dalam dunia lakonan.

“Sebelum ini saya pinjam kereta Myvi pakcik, kalau nak cerita memang banyak kenangan dengan kereta itu. Setahun saya guna kereta yang tak ada aircond… dah baiki banyak kali pun tetap buat hal.

“Mahu tak mahu terpaksa juga pakai ulang alik kerja, pergi set penggambaran, berpanas ke sana-sini. Apabila ada rezeki lebih sikit ni kita beli la sendiri kereta yang lebih selesa,” katanya.

Walaupun bukanlah kereta impian Range Rover, namun Riena memilih untuk ukur baju di badan sendiri dan tetap bersyukur kerana dapat memiliki kenderaan yang boleh dijadikan pengangkutan untuk mencari rezeki dan kegunaan keluarga.

Selain itu, rakan-rakan artis yang lain turut mengucapkan tahniah atas kejayaannya dan semoga Riena teruskan berkarya dan lebih berjaya lagi akan datang.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here