Kekurangan tenaga kerja pemandu, menyebabkan krisis bekalan minyak di UK

967

Selepas dasar BREXIT mula diguna pakai di United Kingdom (UK) mengasingkan negara-negara di dalamnya daripada gabungan Kesatuan Eropah, berlaku pengurangan jumlah pemandu kenderaan berat secara drastik terus kekal bekerja di UK.

Kekurangan pemandu lori tangki telah merencatkan proses pengedaran minyak ke stesen-stesen pam minyak menyebabkan stesen minyak di seluruh bandar Britain kehabisan bekalan.



Malah ada beberapa buah stesen minyak terpaksa ditutup dan terpaksa mengehadkan harga syiling setiap pengisian supaya situasi tidak menjadi lebih teruk.

Namun kerajaan UK bersedia untuk melonggarkan peraturan visa sehingga 5,000 visa untuk jangka masa pendek walaupun jumlah kekurangan pemandu kenderaan berat mencecah 100,000 orang.

Selain itu,  hampir 200 anggota tentera, 100 daripadanya pemandu akan dikerahkan untuk menghantar petrol ke stesen minyak bagi membantu meringankan krisis berterusan. Bagaimanapun, permintaan terhadap bahan bakar itu semakin stabil dan stesen minyak mengisi semula bekalan secara berperingkat.

“Hasil usaha industri sepanjang minggu lalu, keadaan di stesen minyak perlahan-lahan bertambah baik,” kata Menteri Perniagaan, Kwasi Kwarteng.

Selain minyak, industri lain yang turut terjejas berkaitan masalah ketiadaan pemandu ini adalah sektor kesihatan dan pertanian.

BACA>>Krisis minyak di UK, lepas tujuh jam baru pemandu Ronaldo dapat isi minyak itupun tak penuh

BACA>>[Video] Kereta di bandar ini tidak pernah mati enjin selama musim sejuk, tak mahu kereta dan minyak beku

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here