Krisis minyak di UK, lepas tujuh jam baru pemandu Ronaldo dapat isi minyak itupun tak penuh

7428

Bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo sebelum ini dilihat memandu kereta baharu Bentley Flying Spur bernilai pound sterling 250,000 (RM1.4juta) menuju ke latihan. 

Namun, terbaharu kereta tersebut dilihat di stesen minyak selama tujuh jam gara-gara menunggu giliran mendapatkan minyak. 



Bentley tersebut dan Range Rover yang dipandu oleh anggota pasukan keselamatan Ronaldo dilihat diparkir di depan sebuah stesen minyak Shell yang berhampiran rumah kediaman Ronaldo di Wilmslow, Cheshire.

Pemandu yang mula berhenti pada pukul 2.20 petang, terpaksa menunggu lama kerana stesen minyak di seluruh bandar Britain kehabisan bekalan berikutan pembelian panik akibat amaran krisis kekurangan bekalan minyak.

Walaupun kapal tangki telah tiba, Shell mengambil langkah dengan mengehadkan harga syiling kepada pound sterling 30.00 (RM168) setiap pengisian.

BACA>>Ronaldo pandu Bentley Flying Spur RM1.4juta dikawal ketat pengawal peribadi

BACA>>Terpaksa patuh had laju kawasan kejiranan, Ronaldo pandu Bugatti 30kmj

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here