
KMSB Motors Sdn Bhd (sebelum ini dikenali sebagai Kawasaki Motors Malaysia Sdn Bhd) (KMSB) bakal menghentikan operasi di Malaysia bermula 1 Oktober depan (esok).
Lembaga Pengarah dan Pengurusan KMSB menyatakan keputusan sukar itu dibuat selepas mengambil kira beberapa perkembangan penting dalam polisi pelaburan Kawasaki Heavy Industries Ltd Jepun (KHI) di Malaysia, khususnya peningkatkan ekuiti KHI kepada 30 peratus dalam Modenas pada April 2019.
Justeru itu, KMSB mengucapkan terima kasih kepada pengguna yang sudah bersama jenama berkenaan selama 33 tahun dalam industri motosikal tempatan.
Sementara itu, pelanggan Kawasaki sedia ada yang ingin mengetahui tentang tuntutan jaminan, perkhidmatan selepas jualan dan alat ganti nantikan pengumuman lanjut daripada pihak KHI nanti.
Seperti mana kita tahu sejak tahun lalu timbul berita tentang Modenas akan memasangkan model Kawasaki, dan mungkin akan dijenamakan kepada Modenas. Cuma masih tiada pengumuman rasmi daripada pihak Modenas mahupun KHI lagi.
Selain itu, KMM kini sudah memulakan perniagaan baharu dengan menjadi pengedar rasmi jenama motor Suzuki di Malaysia.