Simpang berhantu…rider ini rempuh belakang Myvi waktu jalan lengang

14190

Lokasi ini paling kerap berlakunya kemalangan sehinggakan digelar sebagai simpang berhantu di Kampung Sireh Kota Bharu, Kelantan.

Terbaharu, seorang penunggang motosikal dipercayai penghantar makanan tiba-tiba merempuh sebuah Perodua Myvi yang diparkir di tepi jalan berdepan kawasan kedai. 



Kejadian tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di laman Facebook Yu KH menunjukkan lelaki berkenaan melambung dari motosikalnya selepas menghentam belakang Perodua Myvi tersebut. 

Bagaimanapun, orang ramai hairan melihat situasi tersebut kerana pada masa kejadian keadaan jalan lenggang dan kelihatan penunggang itu mengambil selekoh berlebihan. 

Ada yang berpendapat kemungkinan berlakunya microsleep (keadaan tertidur seketika ini berlaku dalam tempoh singkat) sehingga motosikal hilang kawalan semasa melalui selekoh.

Manakala ada yang mendakwa tempat tersebut agak ‘keras’ kerana kerap berlaku kemalangan di lokasi yang sama. 

Rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi serta komen mengenai kejadian tersebut. Bagaimanapun kerosakan yang dialami kedua dua buah kenderaan tersebut tidak dapat diketahui.

“Aku pernah kena masa balik sekolah, masa tu penat sangat balik dari sekolah kena pula cuaca panas.

“Aku rasa tak sampai dua saat pejam mata sekali buka mata dah nak masuk longkang ape lagi tak sempat buat apa-apa terjun.

“Tetidur ni, rider-rider mesti faham, aku pun pernah langgar bontot kereta. Nasib tidak ada apa-apa, terlelap beberapa saat je.

VIDEO

BACA>>Gara-gara Perodua Myvi belok tiba-tiba, rider penghantar makanan kemalangan

BACA>>Mengantuk ketika memandu? Baca dan amalkan doa ini

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here